Friday 5 May 2017

[Video Najib Tak Boleh Didakwa Kerana Beliau Bukan Penjawat Awam?] Mengedaran Akhbar & Risalah AMANAH - Aktivis DITAHAN POLIS! Satu perkara yang jelik dan tidak masuk akal.

Sabtu, 6 Mei 2017

Foto Parti Amanah Negara.

AKTIVIS AMANAH DITAHAN POLIS
Pagi tadi Parti Amanah Negara Kawasan Tanjung Malim mengadakan aktiviti edaran Akhbar AMANAH dan Risalah pengenalan AMANAH kepada peniaga dan orang awam di Pasar Pagi Behrang Stesen.
Program bermula sekitar jam 8.45 pagi dan berakhir kira-kira jam 9.15 pagi setelah 200 naskah Akhbar berjaya diedarkan.
Sewaktu bersurai, salah seorang Aktivis AMANAH, Mohd Yahya Hasan (Pak Ya) sedang menuju ke kereta beliau, sambil itu beliau turut mengedarkan baki akhbar dan risalah kepada orang awam yang berada di kawasan sekitar. Beliau didatangi sebuah kereta Polis dan beliau dibawa ke Balai Polis Behrang Stesen.
Pihak polis memaklumkan kepada Pak Ya bahawa ada orang awam buat aduan. Dan kesalahan Pak Ya adalah mengedar Risalah tanpa makluman kepada pihak Polis terlebih awal.
Saya menyanjung tugas pihak Polis dalam menjalankan tanggungjawab menjaga ketenteraman dan keselamatan negara. Tetapi menahan orang awam terutamanya aktivis Parti Politik dengan alasan mengedarkan risalah tanpa kebenaran ini adalah satu perkara yang jelik dan tidak masuk akal. Hal ini bagi menakut-nakutkan aktivis dan orang awam beraktivisme dalam masyarakat.
Surat khabar dan risalah bukan senjata tajam yang boleh membunuh manusia.
Pak Ya mengedar surat khabar secara percuma adalah bertujuan untuk memperkenalkan Parti Amanah Negara kepada masyarakat setempat perihal parti kami.
Perompak negara sedang bermaharajalela, aktivis masyarakat ditahan dan dihalang.
Kami di peringkat Amanah Kawasan Tanjung Malim akan terus menjalankan aktiviti penerangan, pencerahan, dan makluman isu semasa kepada masyarakat di sini untuk Selamatkan Malaysia.
Khairol Najib Hashim
Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara
Kawasan Tanjung Malim
5 Mei 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena