Wednesday 10 May 2017

[Video Sekadar Nak Pacak Bendera? Ini POLITIK UNTUK MAIN-MAIN!] Kabinet baru Pas sesuai bantah konsert Selena Gomez sahaja bukan untuk melawan BN, kata Hanipa.

Khamis, 11 Mei 2017

Image result for Gambar pakatan harapan

Kabinet baru Pas sesuai bantah konsert Selena Gomez sahaja, kata Hanipa

Hanipa anggap Pas kehilangan tokoh hebat apabila membuang Mustafa Ali.
Kabinet baru PAS dilihat sebagai kabinet yang mampu membantah konsert Selena Gomez sahaja bukan untuk melawan BN dalam pilihan raya umum ke 14 nanti, kata ahli parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.
Dalam satu posting di facebook, peguam itu menulis, "itu pun kalau Pas masih lagi nak lawan BN!"
Katanya, apabila beliau melihat kabinet baru Pas, "maaf saya tak nampak kabinet ini lah yang sesuai untuk kemudi Pas dalam PRU14 nanti."
Apa pun alasan Pas, katanya, ketiadaan tokoh hebat dan berpengalaman seperti Datuk Mustafa Ali yang mesra di Cikgu Pa je, ia satu kerugian besar pada Pas.
"Bila diganti Cikgu Pa dengan setiausaha politik Presiden Pas sebagai pengarah pilihanraya Pas Pusat, saya hanya boleh geleng kepala je.
"Saya dan kawan-kawan dalam Amanah tahu sangat kemampuan dan kehebatan Cikgu Pa dibandingkan dengan mantan SU Presiden Pas.
"Maaf, macam langit dan bumi," kata peguam yang selama ini banyak membela Pas di mahkamah termasuk membela presiden Pas sendiri dalam satu kesnya di London.
Pas sebelum ini membantah konsert Selena Gomez yang dianjurkan di Shah Alam.
Penganjuran konsert ini telah dijadikan antara sebab oleh pembahas dalam muktamar Pas ke-63 mengapa Pas perlu memutuskan hubungannya dengan PKR yang menjadi rakan kongsi utama kerajaan negeri Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena