Wednesday, 10 May 2017

[Video Siapakah (Parti) yang khianat terhadap rakyat? Khalid Samad Jawab Dengan Terang] Husam akan berucap di Konferen Antarabangsa China Pakistan Economic Corridor, Islamabad & Isu pengusiran penduduk Kampung Bakar Batu Perling, JB.

Khamis, 11 Mei 2017

Foto Dato Haji Husam Musa.
Berkesempatan menghadhiri Konferen Antarabangsa China Pakistan Economic Corridor di Islamabad, bersama Dr Sergey Kamanev dari Moscow, Dr Javid Veliyev dari Azerbaijan dan Dr Ma Yunier dari China.

Petang ini, saya dijadual menyampaikan ucapan saya.

Foto Amanah Negeri Johor.

HIMPUNAN PENDUDUK DI HADAPAN DUN JOHOR

10 MEI 2017

1. Berikutan isu yang berlaku di Kampung Bakar Batu Perling Johor Bahru Johor, penduduk kampung dan pihak kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor serta Amanah Kawasan Pulai telah mencadangkan untuk membawa seluruh penduduk berhimpun di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

2. Tarikh yang telah ditetapkan atas cadangan yang disokong bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Rinting YB Cheo Yee How dari Parti DAP adalah pada tarikh 14 Mei, hari Ahad ini.

3. Himpunan penduduk ini dibuat bagi mendesak pihak Kerajaan Negeri Johor yang dipimpin oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin untuk memberi perhatian tentang permasalahan status tanah yang didiami oleh penduduk Kampung Bakar Batu sejak sebelum merdeka lagi.

4. Bagi pihak parti Amanah, selain itu pihak Kerajaan Negeri Johor juga perlu menjelaskan kepada penduduk berkenaan status mereka sama ada mereka akan diberi pampasan serta jumlahnya, rumah kediaman yang sesuai dengan penduduk kampung sebagai majoritinya nelayan, status sewa beli dan bukan sewa dan juga status sebutan kes mahkamah yang dibawa penduduk kampung sebelum ini.

5. Pada tarikh 9 Mei, pihak penduduk kampung telah dimaklumkan akan berlakunya pengusiran oleh pihak pemaju Nodedua Sdn Bhd yang telah mendapat perintah mahkamah namun tiada sebarang bantuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menjelaskan status penduduk kampung.

6. Setelah mengikut proses perundangan, pihak penduduk telah mendapatkan tarikh baru pengusiran yang akan berlaku pada tarikh 15 Ogos 2017 dan ini akan menjadi suatu lagi kegusaran kepada penduduk kampung yang masih menanti jawapan kukuh untuk mereka mengambil sikap seterusnya.

7. Saya melihat tindakan Kerajaan Negeri Johor yang dipimpin oleh Menteri Besar Khaled Nordin seolah-olah tidak mengambil berat tentang permasalahan yang berlaku terhadap penduduk kampung ini dan ini jelas menunjukkan sikap tidak prihatinnya kerajaan pimpinan Khaled Nordin dalam menangani permasalahan rakyat di negeri Johor.

8. Himpunan yang bakal diadakan di hadapan DUN Johor ini adalah sebagai tanda rakyat di bawah pemerintahan Khaled Nordin telah dibiarkan serta tertindas dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Johor.

9. Himpunan ini akan diketuai oleh saya bersama kepimpinan parti Amanah peringkat negeri, kawasan terutamanya Pulai dan juga ADUN pembangkang yang lain terutamanya YB Cheo Yee How yang selama ini telah bertungkus lumus membantu penduduk Kampung Bakar Batu dari segi kewangan dan juga bantuan guaman.

HAJI SALAHUDDIN AYUB
TIMBALAN PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena