Thursday 11 May 2017

[Video Sah, hubungan PAS-PKR terbatal serta-merta] Selepas 58 tahun, Ahmad lipat bendera Pas, kibarkan Amanah.

Khamis, 11 Mei 2017

Selepas 58 tahun, Ahmad lipat bendera Pas, kibarkan Amanah

 | BORHAN AHMAD
Ahmad melipat bendera Pas dan menyertai Amanah bersama anak, isteri dan rakan-rakannya.
Ahmad melipat bendera Pas dan menyertai Amanah bersama anak, isteri dan rakan-rakannya.
Tidak berpuashati dengan halatuju Pas, bekas ketua pemuda Pas Johor, Ahmad Abdullah, 83, serta 16 lagi anggota keluarga dan rakan-rakannya mengambil keputusan menyertai Amanah.
Bagi Ahmad, tindakan beliau menyertai Amanah adalah kerana Allah sebagaimana beliau menyertai dan aktif dalam Pas sejak 1959 dulu adalah kerana Allah.
Bagi beliau, Pas yang ada sekarang tidak boleh diharapkan lagi untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan agama Islam di negara ini.
"Pas sekarang ini sudah cacamerba dan bingung. Saya tahu mereka masih sayangkan kerjasama mereka dengan PKR bahkan DAP serta Amanah. Mereka tahu, kalau bercerai Pas yang akan mati.
"Tetapi oleh kerana malu dan ego, mereka ambil jalan sendiri. Bila dah bercerai dengan yang lain, mereka hendak dengan tidak hendak pula dengan Umno," kata Ahmad bekas ketua pemuda Pas Johor pada tahun 1964 itu kepada Malaysia Dateline.
Secara rasmi, Ahmad serta 16 yang lain menyertai Amanah pada 21 April lepas apabila mereka menandatangani borang permohonan keahlian Amanah.
"Namun saya sudah mula mempertikaikan hala tuju Pas sejak 2008 lagi apabila berbangkit isu kerajaan perpaduan (UG) dengan Umno," katanya yang sangat tidak senang apabila Pas mesra dan bekerjasama dengan Umno.
Ahmad menyifatkan dirinya sudah menjadi 'harumanis' sejak muktamar Pas 2014 lagi apabila sesetengah golongan dalam Pas diserang oleh pucuk pimpinan parti itu.
Selain berbaik dengan Umno, Ahmad juga mempetikaikan tingkah laku pemimpin Pas dari segi akhlak mereka.
"Dalil hadis dan ayat Al Quran yang sesetengah pimpinan mereka baca tidak sama dengan perbuatan mereka. Ini bertentangan dengan nama parti Islam yang dibawa," kata Ahmad yangh pernah ditahan di bawah Akta Kelamatan Dalam Negeri (ISA) kerana penglibatannya dalam isu konfrontasi dengan Indonesia.
Ketika beliau aktif dalam Pas, Ahmad mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pemimpin besar Pas termasuk Dr Buhanudin Al Helmy.
Ketika beliau menyertai Pas pada tahun 1959, Setiausaha Agung Pas ketika itu adalah Abdullah Zawawi.
Ahmad, isteri serta anak-anak dan rakan-rakannya menyerahkan borang menyertai Amanah kepada Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.
Majlis yang penuh simbolik itu memperlihatkan Ahmad melipat bendera Pas dengan baik dan mengibarkan bendera Amanah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena