Thursday 4 May 2017

[Video Rahsia Yang Semua Ahli PAS Tak Tahu - Cikgu Non (C.N. Al-Afghani)] Isu Logo Pakatan Harapan.

Khamis, 4 Mei 2017

Related image

KENYATAAN MEDIA
Isu Logo Pakatan Harapan
Semalam, Rafizi Ramli, Naib Presiden KEADILAN telah memuatnaik ke dalam Facebook beliau beberapa draf logo Pakatan Harapan untuk mendapatkan maklumbalas umum terhadap draf logo-logo tersebut.
Bagi pihak Media Pakatan Harapan, kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah secara jelas memberi komen, maklumbalas, kritikan serta cadangan yang membangun.
Setelah mengambil kira dapatan dan pandangan umum yang telah diberi, serta berpandukan pandangan dari kalangan pimpinan Pakatan Harapan, pihak Media Pakatan Harapan mengalu-alukan cadangan balas reka bentuk logo Pakatan Harapan dari pihak yang berminat.
Garis-garis panduan mencipta logo ini adalah seperti berikut:
1. Sebaik mungkin, logo perlulah terdiri daripada dua warna, dan perlu disertakan versi hitam-putih untuk tujuan paparan di kertas undi.
2. Logo mestilah menggunakan simbol yang mudah dikenali atau difahami ramai.
3. Logo perlu mempunyai rasional berteraskan konsep-konsep "harapan", "demokrasi", "keadilan", "integriti" dan "perpaduan".
4. Logo mestilah boleh dilihat sepenuhnya pada skala kecil (seperti pada lencana baju) dan besar (seperti bendera bersaiz besar)
Logo versi akhir sebaiknya adalah dalam format 'outlined vector' dan dibuat menggunakan Adobe Illustrator (.ai) atau program seumpamanya.
Orang ramai boleh menghantar cadangan logo Pakatan Harapan ke logo@pakatanharapan.my mulai Khamis 4hb Mei 2017 sehingga jam 10 pagi, Selasa 9hb Mei 2017.
Sila sertakan sekali nama, nombor MyKad serta nombor telefon pereka logo.
Penganjur berhak ke atas logo yang diterima untuk kegunaan Pakatan Harapan, dan boleh membuat perubahan kepada corak asal.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi logo@pakatanharapan.my
Media Pakatan Harapan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena