Tuesday, 7 November 2017

[Video JANGAN SILAP PILIH lagi~Tun Mahathir Mengakui Kesilapan Dahulu Memilih Najib] Video ‘edisi kantoi’ pemimpin PAS Selangor kini tular di media sosial.

Rabu, 8 November 2017

Ini bukan negara Taliban yang dipopularkan oleh Sultan Johor.

Video kuliah seorang pemimpin PAS di Selangor, Dasuki Abdul Rani kononnya banjir di Pulau Pinang telah mengakibatkan tujuh orang mati sedang banjir besar di Kelantan 2014 dulu tidak seorangpun yang mati kini tular di media sosial.

Pelbagai pihak menyebarkan balik video itu kerana ia jelas satu penyembunyian fakta sebenar kerana sekurang-kurangnya sembilan kematian dicatatkan semasa banjir besar di Kelantan itu.

Akibatnya beliau terpaksa membuat pembetulan hari ini melalui facebooknya.
“Pembetulan fakta, berlaku juga kematian dalam banjir di Kelantan,” tulis Dasuki selepas video asal beliau itu diviralkan kononnya di Pulau Pinang mati tujuh orang sedangkan semasa banjir besar di Kelantan tidak ada seorang pun yang mati.
Dalam klip video 1.03 minit bertajuk ‘Edisi Kantoi’ itu, Dasuki didapati berbohong dalam kuliahnya di sebuah masjid.
Dalam kuliah itu, beliau turut menyelar pemimpin Pulau Pinang yang menganjurkan Oktober Fest dan Sultan Johor yang sebelum ini berkata, Johor Bukan Negeri Taliban apabila membantah kedai dobi untuk muslim saja di negeri itu.

Dasuki Rani sindir ‘Ini bukan negara Taliban’.
“Buat Oktober Fest. Buat berlagak dengan minum arak. Kita bukan negara Taliban,” kata Dasuki dalam kuliah itu.
“Ni kalau cakap macam ini kalau tak kena gaya masuk penjara kita,” tambah Dasuki dalam kuliah beliau itu.
Ejekan “Kita bukan negara Taliban’ itu tidak pasti ditujukan kepada Lim Guan Eng atau Sultan Johor kerana yang memulakan kenyataan “Ini bukan negara Taliban’ adalah Sultan Johor.
Sebelum ini, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan supaya operasi dobi khas untuk pelanggan beragama Islam di Muar ditamatkan segera atau berdepan tindakan ditutup oleh baginda sendiri.
“Beta tidak boleh terima perkara mengarut seperti ini. Ini adalah negeri Johor, negeri milik Bangsa Johor dan milik semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Negeri ini adalah progresif, moden dan bersederhana.
“Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam di Johor, beta merasakan tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bersifat ekstremis,” titah baginda.
Laporan berita ‘Ini bukan negara taliban’ telah menjadi muka depan akhbar The Star dan berita utama di laman-laman portal berita.
 Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena