Sunday, 12 November 2017

[Video KHAZANAH MILIK SIAPA~Arul Tidak Layak & Mengapa mudah 'Kena Kelentong Kopi Pak Belalang'?] Rakyat pernah buktikan BN mampu tewas.

Isnin, 13 November 2017


Rakyat pernah buktikan BN mampu tewas


SHAH ALAM, 12 NOV: Tiada siapa menyangka Barisan Nasional (BN) akan mengalami kekalahan terbesar pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) meski pun pilihan raya sebelum itu berjaya memperoleh 91 peratus kerusi Parlimen dengan 64 peratus undi popular.
Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyanggah sikap angkuh sesetengah pihak yang beranggapan Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak berkemampuan menang dalam PRU14.
“Kepada mereka yang rasa Pakatan Harapan tiada harapan untuk menang dalam PRU14 nanti, serta kepada pakar-pakar strategi Najib yang angkuh dengan ketokohan pemimpin mereka, eloklah kita ingatkan mereka bahawa sehingga Februari 2008, malah sewaktu awal kempen PRU 2008 pun, tidak ramai yang menyangka pembangkang mampu menguasai lima kerajaan negeri,” katanya.
Bagaimana pun, kemenangan HARAPAN pada pilihan raya umum akan datang perlu mendapat dokongan semua pihak memandangkan BN akan terus menggunakan agensi-agensi kerajaan dan sumber awam untuk menjalankan dakyah mereka.
“Jika hanya DAP dan Pakatan Harapan sahaja, tentulah kita tidak mampu melawan Najib yang mempunyai jentera plihanraya gergasi.
“Kita DAP mesti berada di pihak rakyat, di pihak majoriti, dan bukan di pihak segelintir penguasa zalim. Kita perlu berada di pihak yang bakal menentukan sejarah. Pihak ini adalah rakyat Malaysia,” katanya.
Guan Eng mengimbau kembali suasana pilihan raya 2008 di mana tiada sebarang petunjuk BN menghadapi masalah dan mengalami kekalahan terbesar sehingga menyebabkan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang.
“Tetapi segala-galanya berubah selepas itu; atau lebih tepat lagi, perubahan itu berlaku pada minggu ini 10 tahun yang lalu.
“Selepas lebih dua tahun berkempen melawan SPR, parti-parti pembangkang dan NGO-NGO bekerjasama menganjurkan himpunan BERSIH yang pertama yang telah membawa kehadiran puluhan ribu rakyat pada 2007.
“Dua minggu kemudian, HINDRAF menghadirkan pula puluhan ribu rakyat di jalanan pada 25 November 2007. Ini adalah detik-detik penentu yang mengubah landskap politik pada PRU 2008,”kata beliau.
Beliau justeru menyeru supaya DAP terus berada dan memperjuangkan agenda rakyat yang semakin terbeban dengan kos kehidupan yang meningkat.
“Namun, seperti yang dibuktikan sepanjang satu dekad ini, apabila keadaannya menjadi “rakyat lawan Barisan Nasional”, kita tahu BN boleh dan akan kalah,” katanya lagi. – Roketkini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena