Thursday 19 April 2018

[Video Dr M sekolahkan ROS, 'dalam kes Umno haram!] MT Umno: Status Umno kini terletak di tangan mahkamah...16 anggota parti itu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ho, ho, hooo!

Jumaat, 20 April 2018

Imej yang berkaitan
ISU ROBOH LOGO UMNO di Pulau Pinang. 

Biar mahkamah tentukan status Umno, kata Nazri

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Ser Nazri Abdul Aziz berkata status Umno kini terletak di tangan mahkamah.
Ia selepas sejumlah 16 anggota parti itu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi mencabar kesahihan Umno kerana menangguhkan pemilihan parti itu.
"Kalau bawa ke mahkamah, biar mahkamah yang buat keputusan. Ini proses undang-undang negara kita.
"Kalau bawa ke mahkamah, biar mahkamah yang buat keputusan. Ini proses undang-undang negara kita.
"Terserah pada mahkamah. Apa yang kita tak puas hati, kita (boleh) merayu di mahkamah," kata penyandang kerusi Parlimen Padang Rengas itu ketika dihubungi Malaysiakini.
Kumpulan 16 anggota Umno itu diwakili peguam Mohd Haniff Khatri Abdullak, yang turut bertindak bagi pihak bekas presiden Umno dan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan di bawah Fasal 10.16.
Pada Jun 2015, Datuk Seri Najib Razak selaku presiden mengumumkan penangguhan pemilihan parti itu bagi memberi laluan kepada persiapan menghadapi PRU ke-14.
Terdahulu, tokoh veteran Umno Tan Sri Rais Yatim berkata jelas parti itu perlu mengadakan pemilihan selewat-lewatnya 19 April lalu.
Justeru beliau menggesa MT tidak memandang remeh soal perlembagaan parti dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada penangguhan itu sah atau tidak.
Nazri bagaimanapun enggan mengulas kemungkinan sama ada sejarah Umno diharamkan pada 1987 akan berulang.
"Saya tak tahu, kita tak boleh buat andaian. Biar mahkamah buat keputusan dan kita jangan jadi hakim. Jika mereka (16 anggota Umno) buat bantahan di mahkamah, kita tunggu saja keputusannya," katanya yang juga seorang peguam.
Beliau juga memberi jawapan sama ketika ditanya tentang status Najib selaku presiden jika Umno benar-benar diharamkan nanti.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena