Saturday 21 April 2018

[Video 16 ahli UMNO mohon bubar parti & Isu kesahihan logo dan simbol BN] Umno pecat serta merta 16 ahli mohon pembubaran parti.

Sabtu, 21 April 2018


Foto Kelab Che Det.

Umno pecat serta merta 16 ahli mohon pembubaran parti


Umno hari ini bertindak memecat serta-merta semua 16 anggota parti dari lima negeri yang menfailkan semakan kehakiman bagi pembubaran Umno di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam susulan kegagalan mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pemecatan itu berkuatkuasa hari ini dan selaras dengan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan secara automatik hilang keahlian.
“Pemecatan itu juga mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan tidak membenarkan apa jua perkara parti sama ada hal ehwal pengurusan, kewangan dan yang berkaitan dengan pentadbiran parti dibawa ke mahkamah.
“Kita tahu ada dalang dalam perkara ini, kita telah bersedia untuk apa jua kemungkinan dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak juga boleh menandatangani watikah untuk calon,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia.
Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakli semua 16 anggota Umno itu semalam berkata, susulan pemfailan mahkamah berhubung kesahihan Umno - Pengerusi BN dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak - tidak dapat menandatangani watikah calon Umno dan BN untuk PRU ke-14.
Menurutnya, Majlis Tertinggi dan bahagian Umno terbatal bermula semalam, manakala cawangan Umno terbatal sejak 1 Mac lalu.
Semalam, Malaysiakini melaporkan anggota bahagian Umno memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membenarkan Umno lanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.
Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mereka menamakan ROS dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai responden.
Mereka juga memohon perintah mandamus untuk mewajibkan ROS untuk menggunakan Seksyen 13, 14, 16 dan 66 Akta Pertubuhan untuk menyiasat Umno berdasarkan surat-menyurat yang dihantar kepada ROS.
Selain itu, mereka juga memohon perintah mandamus untuk memaksa ROS mengambil tindakan serta-merta ke atas Rauf kerana didakwa melanggar Perkara 9.3, 9.4, 15.3, 18.2 dan 10.16 Perlembagaan Umno kerana tidak mengadakan pemilihan parti dalam tempoh 18 bulan yang ditetapkan.
Di samping itu, mereka juga memohon supaya Umno dibubarkan sementara sebaik sahaja ROS menyelesaikan siasatannya berhubung dakwaan melanggar perlembagaan parti.
Mereka juga memohon mahkamah mewajibkan ROS untuk mengeluarkan notis di bawah Seksyen 14 (2) dan 14 (5) di bawah Akta Pertubuhan bagi notis pembubaran sementara dan pembubaran muktamad.
Secara tambahan, pemohon juga mahu mahkamah memaksa ROS untuk menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes permohonan semakan kehakiman selesai.
Pemohon juga mahu pengisytiharan bahawa semua bahagian Umno dan Majlis Tertinggi Umno tidak mempunyai kuasa yang sah dari segi undang-undang untuk beruruasan dan terbatal atau terbubar berkuatkuasa semalam, 20 April 2018.
Mereka juga mahu perintah bahawa keseluruhan institusi atau pertubuhan yang dipanggil dan atau dikenali sebagai Umno adalah tidak sah dan terbabtal atau terbubar mulai semalam juga.
Ini berikutan hujah mereka bahawa hari terakhir untuk bahagian-bahagian mengadakan pemilihan mereka adalah pada 28 Februari dan hari terakhir untuk Majlis Tertinggi adalah pada 19 April lalu.
Kali terakhir, bahagian-bahagian Umno mengadakan pemilihan mereka adalah pada 31 Ogos 2013 dan sepatutnya pemilihan baru seharusnya diadakan pada 31 Ogos 2016 tetapi diberikan lanjutan masa 18 bulan oleh ROS.
16 pemohon berusia antara 30 hingga 55 tahun. Mereka adalah Salihudin Ahmad Khalid, Noor Halimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif, Saharuddin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf, Mohd Raafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad, dan Muhamad Hafizi Hashim.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena