Thursday 19 April 2018

[Video HARAPAN semak semula pinjaman China jika menang Putrajaya & Rais gesa MT ke mahkamah tentukan 'kesahihan' Umno] Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim.

Khamis, 19 April 2018



No automatic alt text available.

Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim

Veteran Umno Tan Sri Rais Yatim menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.
Veteran Umno itu berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan memohon pengisytiharan mahkamah mengenai perkara itu.
“Itu bukan kerja saya tapi saya fikir yang bertauliah dalam soal ini ialah (anggota) Majlis Tertinggi (Umno).
“Pemimpin-pemimpin besar Umno yang berjawatan sekarang tidak boleh berdiam diri. Mereka harus mendapatkan panduan perundangan yang tepat dan jitu.
“Saya beranggapan jika Umno Pusat tidak membuat pilihan ini, mereka akan akan dianggap sebagai mengambil remeh persoalan perlembagaan Umno.
“Perlembagaan sudah jelas, mati tempohnya April ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Rais yang juga seorang peguam berkata, adalah jelas bahawa Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, hari ini, iaitu 19 April.
Pemilihan parti terakhir adalah pada 19 Oktober 2013.
Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan di bawah Fasal 10.16.
Najib, pada Jun 2015, mengumumkan bahawa pemilihan parti akan ditangguhkan, kerana Umno perlu bersiap sedia untuk pilihan raya umum.

Sementara itu, Rais yang juga seorang peguam, berkata lanjutan 18 bulan bagi pemilihan Umno memang dibenarkan, tetapi menolak kesahihan untuk lanjutan kedua.


“Pada hemat saya memang tak boleh (lanjutan kedua) dibuat oleh Majlis Tertinggi. Harus dibuat setelah proses pemilihan dibuat.
“Pendaftar tidak ada kuasa utk menghalalkan keberadaan Umno tanpa pemilihan lebih daripada yang dibenarkan (mengikut) Fasal 10.
“Ini penting dibuat sebab pilihan raya umum dah nak datang. Kalau boleh sebaik-baiknya perkiraan di mahkamah perlu dibuat oleh Umno sendiri, jangan dibuat pihak lain sebab soal ‘locus standi’ akan ditimbulkan.
“Apabila dapat penghakiman, barulah mudah untuk Umno buat tugas hariannya, jika tidak, memang ramai ahli akan mempersoalkan kesahihan di sisi undang-undang kewujudan Umno itu,” katanya.
Rais juga menegaskan bahawa adalah paling afdal bagi anggota Majlis Tertinggi Umno tu sendiri yang memohon pengisytiharan mahkamah.
“Ahli biasa pun boleh buat, (tapi) nampak tak cantik (apabila) ahli biasa (berbuat demikian).
“Biar Majlis Tertinggi memohon panduan perundangan, supaya kuasa pendaftar bawah Seksyen 14, Akta Pertubuhan dapat diberi penghakimannya yang sahih.
“Pada hemat saya, melihat peruntukan ini, beliau (pendaftar ROS) tak boleh.
“Beliau hanya boleh membenarkan lanjutan sekali, selebih tu tak boleh beliau membenarkan tidak ada pemilihan,” katanya.
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor pada Februari lalu berkata pemilihan parti akan diadakan pada 19 April, 2019, selepas mendapat kelulusan daripada ROS.
Pada Selasa lalu, bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menulis di Facebook untuk berkongsi pandangan undang-undang seorang rakannya, yang berkata bahawa Umno tidak boleh bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana parti itu dianggap tidak sah selepas April 19.
Beliau juga berkata, RoS tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan lanjutan kedua dan Tengku Adnan merujuk peruntukan yang salah dalam mewajarkan penangguhan itu.
Bagaimanapun, Tengku Adnan menegaskan semalam bahawa Umno bukan parti yang haram, dan memberi jaminan kepada ahli-ahlinya bahawa mereka akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14.
MD.

1 comments:

ROSLIZA ZAIDI said...

Saya membawa kabar baik kepada anda semua warganegara Malaysia di platform ini, ALLAH telah benar-benar setia kepada saya dan seluruh rumah saya telah selamat sejak Mei 2019, kesaksian saya dan berita baik saya seperti ini, Nama saya Rosliza Binti Mohd Zaidi, saya tinggal di blok No 49 B 2 Felda Semencu 81900 Kota Tinggi Johor, saya seorang pemasar dan penasihat perniagaan di syarikat yang saya bekerja, Suami saya dan saya ingin menggunakan platform ini untuk memaklumkan semua ini. Platform ini adalah untuk mereka yang memerlukan dan mencari pinjaman yang ikhlas untuk berhati-hati kerana internet dan blog penuh dengan syarikat pinjaman palsu dan penipuan yang hanya di sini untuk merobek anda dari wang susah payah anda.

Suami saya dan saya berada dalam hutang besar dan kami memutuskan untuk mencari pinjaman dalam talian untuk membayar hutang kami dan kami menghubungi syarikat pinjaman dari Singapura yang pada Disember 2018, dan kami ditipu oleh pemilik syarikat dengan meminta kami untuk Bayar banyak bayaran yang kami bayar dan akhirnya kami tidak mendapat pinjaman, kami kehilangan kira-kira RM7,685 kepada sebuah syarikat pinjaman palsu di Singapura kerana kami memohon pinjaman sebanyak RM 250,000 dan dengan semua yuran yang kami bayar, kami tidak mendapat pinjaman dan suami saya dan saya sangat kecewa dan saya dipecat dari pekerjaan saya di syarikat tempat saya bekerja kerana saya juga mengambil pinjaman dari syarikat yang saya bekerja dan kita bangkrut dan bosan dengan kehidupan.

Kami berdoa kepada ALLAH untuk bantuan ilahi dan ALLAH mengarahkan kita kepada seorang hamba dan pada hari yang setia ini 20 Mei 2019, saya sedang melayari internet apabila saya dapat mencari keterangan seorang wanita dengan nama Fadzilah Binti dari Alor Setar, bagaimana ALLAH menukar kehidupan kewangannya melalui syarikat pinjaman yang dia minta saya menghubungi Puan Gonzalez dan dia memperkenalkan saya kepada Puan Mariela Gonzalez dan dia memberi saya keberanian dan saya memohon pinjaman dari Puan Mariela dan akhirnya dia membantu saya mendapatkan pinjaman di syarikat dan saya mendapat jumlah yang tepat saya memohon dan saya sangat gembira.

 Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk memberi nasihat kepada rakan-rakan saya bahawa jika anda memerlukan pinjaman tulen asli dan ingin mendapatkan pinjaman cepat pada kadar faedah 2%, sila mendaftar melalui Puan Mariela Gonzalez melalui e-mel: (marielagonzalezloan@gmail.com). Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini, (roslizamohdz@gmail.com). untuk maklumat lanjut.

ALLAH memberkati kamu semua!
Terima kasih.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena