Friday 20 April 2018

[Video Peguam: Logo DACING BN juga tidah sah] 'Bendera PAS kini pakai besi, gantung poster besar pakai kren'.

Sabtu, 21 April 2018
Image result for jom kita ubah
No automatic alt text available.

'Bendera PAS kini pakai besi, gantung poster besar pakai kren'

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menyindir PAS dengan berkata bahawa bendera PAS dan BN kini dinaikkan serentak kerana kedua-dua parti itu merupakan kawan.
Dalam sindiran itu, Mohamad juga menyorot kisah ahli PAS memasang bendera menjelang musim pilihan raya ketika beliau masih bersama parti itu.
"Bila dia tekan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), bererti BERSATU lah sebenarnya pembangkang yang nak lawan kerajaan Najib. Maka AMANAH memilih BERSATU adalah pilihan yang tepat bagi menghadapi BN.
"Sebab itu bendera BN dengan PAS kini naik serentak. Kami dulu habis bulu dada luruh panjat pokok nyior, tebang pokok buluh, tebang pokok pinang. Sekarang bendera PAS pakai besi, gantung poster besar naik kren.
"Kami dulu nak sewa kren macam mana? Kutip duit pun dalam plastik. Orang kata parti kopiah bergerak. Jadi pilihan raya yang akan berlangsung nanti, kita sudah kenal siapa kawan siapa lawan," katanya pada majlis kutipan dana AMANAH di Kuala Lumpur malam ini.
Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu juga berkata PAS kini menggunakan ayat sama yang digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung 'derma' yang diterima.
Mohamad menyifatkan dakwaan bahawa ada individu menderma RM2.5 juta kepada PAS adalah tidak masuk akal.
"Najib mahaguru politik Malaysia, bila dia dapat RM2.6 bilion dia kata itu sedekah orang Arab. Rupanya ayat itu juga digunakan oleh PAS sekarang.
"Pelaq sungguh. Siapa nak sedekah banyak tu? Saya presiden AMANAH sekarang, dekat pilihan raya ni adalah yang beri sumbangan RM1,000, tingi-tinggi pun RM2,000 ke RM3,000. Ini boleh bagi RM2 juta," katanya
Mohamad merujuk kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Zuhdi dalam forum Sinar Harian semalam yang berkata RM1.5 juta dan RM1 juta yang diterima parti itu adalah sumbangan individu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena