Thursday, 5 April 2018

[Video PPBM dibubarkan 'sementara'] Bersatu dibubar sementara berkuatkuasa hari ini.

Khamis, 5 April 2018

Bersatu dibubar sementara berkuatkuasa hari ini

Bersatu kita diluluskan tetapi dengan singkatan PPBM.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membubarkan sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa hari ini.

Pembubaran pendaftaran Bersatu akan kekal jika parti berkenaan gagal mematuhi permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 30 hari.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata, Bersatu juga boleh memfailkan rayuan dalam tempoh berkenaan.
“Saya ingin menyatakan di sini bahawa Bersatu gagal menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan olehnya di bawah Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat RoS di Putrajaya petang ini.
Surayati berkata notis untuk Bersatu memberikan maklumat yang berkaitan dengan parti itu telah dikeluarkan pada 28 Februari lalu.
“Jika selepas 30 hari tempoh pembatalan sementara, dan jika ada rayuan dan ia ditolak, maka pembatalan pendaftaran Bersatu akan tetap berlaku,” tambahnya.
Hari ini Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tindakan RoS itu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen dijangka pada Rabu depan adalah permainan politik kotor kerajaan BN untuk menghalang kemaraan Bersatu.
” Sehari sebelum parlimen dibubarkan sebelum berdepan ibu kepada pilihan raya telahpun mengumumkan pembubaran Bersatu.
“Jangan takut jangan gentar teruskan mara ke hadapan. Lagi kita ditekan lagi kita lawan. Kita perlu menyampaikan mesej harapan Malaysia akan lebih baik untuk masa depan.
“Parti hanya merupakan kenderaan kepada rakyat Malaysia, haramkan satu kenderaan kita akan bangkit dengan kenderaan baharu demi sebuah negara tercinta,” ujarnya.
Difahamkan juga satu sidang media tergempar akan diadakan Bersatu dalam waktu terdekat ini oleh Pengerusinya Tun  Dr Mahathir Mohamad.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena