Tuesday 14 May 2019

Kem Tentera Bagan Datuk kawasan Parlimen Zahid TIADA dlm Pelan Induk KEMENTAH? Apa keperluan kem tersebut dibina! 'Land Swap': Mindef buat dua laporan kepada SPRM [Video Mahkamah Rayuan tolak permohonan Zahid dapatkan pasport untuk tunai umrah]

Selasa, 14 Mei 2019
KiniTV
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadapi 47 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah (CBT) dan rasuah, gagal lagi untuk mendapatkan pasport bagi mengerjakan ibadah umrah. Rayuan beliau diketepikan hari ini oleh Mahkamah Rayuan, susulan keputusan sebulat suara tiga hakim yang terdiri daripada Umi Kalthum Abdul Majid, Harmindar Singh Dhaliwal dan Stephen Chung Hian Guan. Semasa menyampaikan keputusan itu, Hakim Umi Kalthum yang mengetuai kumpulan itu berkata, mahkamah berpuas hati bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat pertimbangan wajar dengan menolak permohonan perayu (Ahmad Zahid). “Kami mendapati bahawa kami tidak mempunyai sebab untuk mencampuri tindakan oleh yang arif hakim Mahkamah Tinggi,” katanya. Ahmad Zahid, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Mei, tahun ini yang mengetepikan permohonan beliau bagi pemulangan sementara pasport beliau untuk mengerjakan umrah. Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah menyatakan bahawa walaupun ibadah mengerjakan umrah disarankan semasa bulan puasa namun ia bukanlah wajib. Pada 19 Okt dan 14 Dis tahun lepas, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di atas 46 pertuduhan merangkumi 11 dakwaan CBT, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. Pada 20 Feb lepas, beliau didakwa dengan satu lagi CBT membabitkan RM260,000 milik Yayasan Akalbudi. Mahkamah Tinggi menetapkan 18, 20, 21, 22 Nov dan 2, 3, 4, 5, 6, 9, 10, 11, 12 dan 13 Dis untuk perbicaraan. Terdahulu, peguam Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik mengemukakan hujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi berkenaan gagal mempertimbang secara memadai terhadap permohonan yang dibuat dengan niat baik dan perayu telah memberi jaminan kepada mahkamah bahawa pasportnya akan dipulangkan sebaik saja beliau pulang. “Mahkamah Tinggi itu juga gagal untuk menghargai bahawa perayu telah memberi butiran penerbangan dan penginapan kedua-duanya di Madinah dan Mekah dan walaupun pertuduhan berkenaan adalah serius, kenyataan ini tidak seimbang dengan prinsip asas anggapan terhadap ketulusan,” katanya. Ahmad Zahid yang diberi peluang untuk bercakap di mahkamah berkata: “Saya berniat untuk menunaikan umrah atas sebab telah bernazar dan oleh kerana nazar wajib mengikut tuntutan agama Islam, saya mohon kepada mahkamah agar permohonan saya diizinkan atas dasar pegangan saya kepada agama Islam.” katanya. Timbalan pendakwaraya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi membantah rayuan itu dengan berkata bahawa Ahmad Zahid menghadapi 47 pertuduhan yang serius. “Bukan tujuan kerajaan ingin menghalang ibadah seseorang tetapi disebabkan tertuduh menghadapi tuduhan serius jadi harus dicegah daripada berlaku sesuatu di kemudian hari. Ini adalah tindakan pihak pendakwaan untuk mencegah daripada berlakunya perlanggaran syarat-syarat jaminan. “Kami turut menghujahkan bahawa permohonan ini sangat longgar dan hakim Mahkamah Tinggi telah menilai sepenuhnya (sebelum membuat keputusan) dan telah menjalankan budi bicaranya secara adil,” katanya. - Bernama
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Sebelum perbicaraan terhadap mereka bermula, pelbagai alasan diberi oleh Zahid & Shafee utk dapatkan passport nak ke luar negara..
Bukan sekali mereka pernah mohon dapatkan passport, malah dah berkali2 gagal sebelum ini. Tak serik-serik ka!
Mahkamah bukannya bodoh spt mana kamu nak perbodohkan mahkamah dgn alasan tak masuk akal.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Laporan audit dedah SPR bantu BN pindah pengundi tentera sebelum PRU14.
Antaranya di kem Hutan Melintang (Perak) di kawasan parlimen Zahid Hamidi.
Apa keperluan kem tersebut dibina sedangkan tiada dalam pelan induk KEMENTAH?
SIAPA Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan ketika itu utk meluluskan kem tersebut dibina yg bernilai RM250 juta?

'Land Swap': Mindef buat dua laporan kepada SPRM

Tarikh kemaskini: 14/05/2019
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kementerian Pertahanan telah membuat dua laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan skandal ‘Land Swap’ membabitkan tanah-tanah milik kementerian itu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, kementerian itu mahu tindakan lanjut dan terperinci dilakukan bagi menyiasat perkara tersebut susulan pendedahan 16 projek ‘Land Swap’ itu.

Katanya Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dibentangkan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu di Dewan Negara Khamis lepas memberi kesan besar kepada kementerian itu khususnya kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan projek ‘Land Swap’ agar sentiasa berhati-hati dan tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan kuasa serta rasuah sehingga menyebabkan kegagalan projek sekali gus merugikan kerajaan.

“Kementerian Pertahanan mengambil serius berhubung penemuan, teguran dan syor yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa siasatan ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, kementerian memaklumkan pihaknya menyiarkan laporan siasatan penuh kesemua 16 projek ‘Land Swap’ itu secara berperingkat di portal rasmi kementerian bermula semalam hingga Jumaat ini.

Berdasarkan Laporan JKSTUPKK, siasatan mengenai projek ‘Land Swap’ itu mendapati unsur-unsur kelemahan dan kecuaian dari segi tadbir urus selain penglibatan anggota pentadbiran iaitu bekas perdana menteri dan bekas menteri pertahanan dalam 13 daripada 16 projek ‘Land Swap’.

Menurut Laporan JKSTUPKK yang membuat siasatan dari Julai hingga Disember 2018, kelemahan itu termasuk dalam perancangan dan perolehan telah menyebabkan tujuan asal projek untuk meningkatkan kesiapsiagaan ketenteraan negara tidak tercapai sepenuhnya.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena