Monday 13 May 2019

KOYAK! Kartel DEDAK PAS sendiri mengaku? Terima Kasih Sandakan, hancurkan politik PERKAUMAN Umno-PAS & DAP Kepayang menyumbang RM80,000 membeli sebuah jentera bagi kegunaan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) [Video SEKARANG PAS TERIMA PARTI TOLAK HUDUD]

Selasa, 14 Mei 2019
Jom Channel
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mokhtar Senik berkata PAKATAN HARAPAN yang didominasi oleh DAP harus dijatuhkan pada Pilihan Raya Umum ke-15. "Jangan main-main soal memilih dan memangkah. Ia adalah soal agama dan kedaulatan bangsa. Jangan peduli dengan sesiapa yang berkata memilih dalam pilihanraya tiada kaitan dengan agama. Itu jahil dan bodoh namanya" katanya dalam hantaran di Facebooknya, 6 Mei lalu.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, jambang dan teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
IPOH – Terkesan dengan tragedi menimpa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim telah mendorong ADUN Kepayang, Dr Ko Chung Sen menyumbang RM80,000 untuk membeli sebuah jentera bagi kegunaan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru Ipoh.
Jentera yang mampu memuatkan 1,500 liter air itu diimport dari Jepun dan boleh digunakan dalam membantu operasi menyelamat dan khidmat khas di sekitar Ipoh serta kawasan berhampiran.
Ketika ditemui, beliau berharap, kemudahan disediakan itu dapat membantu anggota bomba menyelamatkan lebih banyak nyawa dan harta benda terutama di kawasan membangun seperti Ipoh yang mempunyai risiko kebakaran lebih tinggi.
“Jentera ini lebih kecil berbanding jentera bomba sedia ada bagi memudahkannya masuk ke kawasan-kawasan yang sukar dilalui. Semoga sumbangan ini dapat menaikkan semangat kebombaan dalam kalangan semua anggota,” katanya.
Secara berseloroh wakil rakyat DAP itu memaklumkan ini kali pertama beliau membeli kenderaan tanpa dimarahi isteri.
“Insiden menimpa Adib banyak memberi kesedaran betapa mulianya tugas seorang anggota bomba. Saya akui sejak kejadian itu saya sudah menanam azam untuk mencari dana bagi menyumbang sekurang-kurangnya sebuah jentera untuk kegunaan menyelamat,” katanya.
Majlis penyerahan jentera disempurnakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, hari ini dan turut dihadiri Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Paul Yong Choo Kiong.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, sumbangan itu menunjukkan keprihatinan yang serius dalam aspek keselamatan rakyat khusus di negeri ini.
“Ia perlu dicontohi kepimpinan masyarakat lain bagi membuktikan tanggunggjawab mengatasi kebakaran adalah komitmen semua pihak. Di pihak jabatan sendiri, kita akan terus tingkatkan kerjasama erat dalam aspek komunikasi, latihan kemahiran dan strategi menyelamat,” katanya.
Dalam pada itu, Nga Kor Ming berkata, pertambahan operasi dua balai bomba di Perak iaitu di Tambun dan Kampung Gajah yang dijangka siap tahun hadapan diharap dapat membantu mengurangkan kerugian harta benda akibat kes kebakaran.
Katanya, berdasarkan statistik diperolehi, JBPM Perak merekodkan taksiran kerugian hampir RM60 juta, tahun lalu yang mana sekiranya terus meningkat dikhuatiri boleh menjejaskan kedudukan ekonomi negeri dari aspek kehilangan bangunan, rumah kediaman serta pekerjaan.
“Buat masa ini terdapat 32 balai di seluruh negeri dengan keanggotaan lebih 1,000 anggota dan kekuatan jentera dianggarkan hampir 64 buah. Dengan pertambahan dua balai baru itu nanti, kita harap dapat meningkatkan mutu perkhidmatan terutama memendekkan masa bertindak dalam menghadapi sebarang kecemasan atau bencana,” katanya.
Untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini, taksiran kerugian dan kemusnahan harta benda akibat kebakaran yang dicatatkan adalah lebih RM1 juta, ia menurun berbanding RM2.2 juta tempoh sama tahun lalu.
Sehingga kini, terdapat 44 PBS dengan keahlian 1,400 orang di seluruh Perak.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena