Kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya mengambil iktibar daripada Jakarta. Memberi muka kepada orang yang merasa diri mereka lebih Islam daripada orang lain padahnya ialah huruhara dan rusuhan.
Wajib untuk kerajaan bertindak sekarang dari terus membiarkan benih benih huruhara bercambah makin subur!
Politik matang tidak berguna untuk puak penunggang agama dan bangsa ini.
Cegah sebelum parah!
Ahmad Dusuki Rani, Ustaz PAS, mempersoalkan pemimpin-pemimpin DAP meraikan Ramadhan bersama warga Muslim di kawasan mereka.
Mengikut Dusuki, ini 'agenda' DAP.
Orang mahu raikan Ramadhan dengan rakyat kawasan pun dia jadikan isu.
Sepatutnya dalam bulan mulia ini, apa-apa yang mendekatkan kita sesama manusia digalakkan. Ini tidak, orang seperti Dusuki dijadikan modal politik longkang.
Mungkin sebab itu Ahmad Dusuki bertanding kawasan Melayu pun dia tidak boleh menang. Rakyat boleh nampak politik longkang dia.
Kemesraan DAP terhadap umat Islam tidak wajar dijadikan isu
Wakil rakyat adalah wakil untuk semua
Ramadan merupakan bulan yang mulia dan suci bagi umat Islam. Sebagai wakil rakyat di negara yang berbilang kaum dan agama, seharusnya pemimpin DAP diberi ruang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menyantuni dan mendekati rakyat yang memilih mereka – baik yang beragama Islam mahupun yang berlainan agama.
Prasangka buruk seperti yang dilemparkan oleh Ahmad Dusuki ini hanya wujud tatkala PAS sendiri dilanda krisis kepimpinan akibat segelintir pemimpin parti itu yang digelar ‘kartel dedak’ oleh pemimpin PAS yang lain.
Tuduhan bahawa terdapat agenda tersembunyi apabila wakil-wakil rakyat DAP dijemput dan hadir meraikan program-program di dalam bulan Ramadan ini sangat dangkal. Wakil rakyat DAP – termasuk yang beragama Islam – yang dipilih oleh rakyat termasuk pengundi beragama Islam berhak dan bertanggungjawab bersama-sama rakyat menjalankan ibadat puasa serta majlis-majlis dan acara-acara pada bulan suci ramadhan.
Sebenarnya ini menunjukkan sikap dengki beliau yang cepat melatah apabila pemimpin DAP diterima oleh segenap masyarakat, sedangkan beliau sendiri tewas di kerusi DUN Kota Anggerik yang mempunyai majoriti pengundi Melayu Islam pada PRU ke-14 yang lalu. Rakyat celik mata menilai, dan tidak lagi memilih semata-mata berdasarkan kaum dan agama.
Sebelum ini, beliau juga pernah berdoa dan menggambarkan PAS sebagai menentang Pakatan Ahzab ketika PRU ke-14 yang lalu. Perang Ahzab atau dikenali sebagai Perang Khandak merupakan peperangan antara tentera kafir di sekitar tanah Arab yang berkumpul untuk memerangi Nabi Muhammad yang ketika itu berada di Madinah. Namun, takdirnya PAS tewas di kerusi yang beliau tandingi tersebut.
Hari ini beliau menggambarkan pula dirinya sebagai dilatih dengan kefahaman Perang Badar, di mana umat Islam diperangi di dalam bulan Ramadan. Persoalan saya, di manakah kewajarannya apabila wakil rakyat DAP berbuka puasa bersama penduduk-penduduk di kawasan yang mereka wakili disamakan dengan situasi semasa Perang Badar? Bukankah ini sebenarnya satu contoh solidariti yang sudah lama kita amalkan di negara ini?
Ustaz Ahmad Dusuki nampaknya perlu lebih mendalami ilmu Sirah sebelum melontarkan tuduhan-tuduhan tanpa asas seperti ini. Adakah mereka yang menjadi kartel dedak dan makan rasuah dibatalkan dosa mereka sekiranya sujud dan sembahyang?
Adakah PAS hendakkan sebuah Malaysia di mana yang beragama selain Islam dihalang bersama-sama meraikan acara dan perayaan Islam? Adakah PAS hendak mengasingkan rakyat Malaysia mengikut agama dan kaum serta menghalang pergaulan di antara muslim dan yang beragama lain?
Umum mengetahui, Deklarasi Shah Alam yang diluluskan dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada Januari 2012 menegaskan semula bahawa DAP sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia. Ia juga mengulangi komitmen DAP kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
Namun, ketika rahsia pimpinan mereka mengambil wang UMNO terlondeh, PAS tangkis menutup kelemahan mereka dengan mengarahkan agar ahli-ahlinya tidak membicarakan isu tersebut secara terbuka dan menyerang DAP.
Sehingga hari ini, belum lagi kedengaran walau satu kenyataan maaf daripada pimpinan mereka kepada ahli-ahli mereka mengenai isu tersebut. PAS sepatutnya menggunakan kedatangan Ramadan ini dengan menginsafi kelemahan mereka dan tidak lagi membudayakan politik kotor seperti ini.
DAPSY mencadangkan kepada Ahmad Dusuki supaya bukalah mindanya yang tertutup, putihkanlah hatinya yang hitam, jernihkan pemikirannya yang keruh, dan baikilah sangkaannya terhadap orang lain yang buruk pada bulan Ramadhan yang suci ini. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai madrasah untuk menyemai hubungan yang baik sesama agama demi kemakmuran bersama tanpa sengketa dan prejudis.
Marilah kita sama-sama renungkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”. – Roketkini.com
*Farhan Haziq bin Mohamed adalah Setiausaha DAPSY Damansara dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya
1 comments:
Adakah waktu wakil rakyat PAS memaki costume "Dewa China" ketika CNY beberapa tahun lalu juga lakonan PAS yang berpura2 nak menyantuni kaum tionghua? Dari segi retorik dan tingkah laku pemimpin2 PAS sekarang ni, rakyat non muslim di Malaysia melihat bahawa PAS lah sang munafik yang berlakon sebagai rakan sejati "non muslim" tetapi perbuatan dan perkataaan mereka secara jelas mencerminkan kedengkian dan dendam mereka kepada non muslim yang cuba dilabelkan sebagai "syariah compliant" dan sebahagian dari ajaran islam sedangkan umat Islam sedar bahawa tugas utama mereka adalah berdakwah kepada non muslim yang sama warga negara dengan mereka dan non muslim ini tidak menentang islam dan tidak menghalau orang islam keluar dari tanah dan rumah mereka sehingga mereka boleh di hukumkan sebagai kafir harbi.
Non muslim di Malaysia ni adalah jiran dalam setiap erti kata dan mereka mempunyai hak keatas harta mereka dan mereka mempunyai hak untuk dilindungi oleh orang Islam even against muslim itself who want to do harm towards them. Jika ada ekstrimis2 islam cuba mengancam dan membahayakan kaum Non muslim, wajib umat Islam mempertahankan mereka (non muslim) kerana itu adalah seruan ajaran islam dan ianya adalah suruhan yang terang dari hadis Rasulullah SAW.
Jika ada golongan2 yang mengaku sebagai ulamak tetapi menganjurkan perpecahan dan permusuhan dengan kaum non muslim yang juga merupakan rakyat Malaysia yang SAH, mereka itu berbuat BIDAAH dan menentang secara terang ajaran Islam dan suruhan Rasulullah SAW. Mereka inilah musuh yang sedang menggugat Islam dan bukannnya kaum non-muslim yang duduk di tanah melayu ni sejak beberapa generasi malah ada yang lebih lama menetap di Tanah melayu ini dari segelintir pemimpin2 politik bangsa dan agama itu.
Nick.
Cape Tiger.
Post a Comment