Saturday 4 May 2019

[Video TMJ Itu Apa? TMJ Murka Kepada Zahid Md Arip] Bukan Islam yang tergugat tapi minda Melayu masih bercawat...

Ahad, 5 Mei 2019
Bukan Islam yang tergugat tapi  minda Melayu masih bercawat...
Siapa kata Islam tergugat di bumi Malaysia? Ulamak yang jadi ular dalam semak? Lebai Pas yang jaja agama dengan tahi gigi dan maki hamun? Orang UMNO yang menjaja nama Melayu, Islam dan raja tetapi banyak jadi penyamun dan menjual maruah bangsa, agama dan tanah pusaka? Atau sang raja yang hidup super mewah atas kesangsaraan rakyat jelata? 

Tunjuk bukti bagaimana Islam tergugat di negara tercinta ini. Kalau kamu jadi ulamak cermin diri dan tanya diri sendiri apakah sumbangan kamu paling berjasa dalam dakwah dan  penglibatan sosial memperkasakan umat Islam? Lihat muka-muka para koruptor kelas jerung, naga bunting yg lahir dari perut politik yang najis itu. Siapa mereka? Melayu bukan? 

Tengok serban lusuh, janggut berinai, jubah menyapu tahi ayam sanggup menipu Allah dan rakyat sebagai koruptor berstatus munafiq. Tanya raja-raja Melayu yg jadi ketua agama Islam negeri masing-masing apakah sumbangan mereka sebagai ketua agama selama ini? 

Sebenarnya berbagai institusi, jabatan seperti Jakim, jabatan zakat dan fitrah, berbagai yayasan Islam, tahfiz, sekolah menengah agama dan maktab perguruan Islam, bank Islam, Muamalat dll merupakan infrastruktur keislaman yanag didirikan kerajaan dulu dan masih kekal sekarang. 

Bukan masalah Islam tergugat tetapi minda Melayu masih bercawat, berjiwa hamba, miskin ilmu, emosi melampau, hasad dengki jadi amalan pribadi, dan ajaran Islam hanya setebal kulit bawang. Minda Melayu sudah dikorupsi oleh kebendaan, kemewahan dan 'addeen' dalam Islam sudah jadi memburu lampu Aladin memperkayakan diri dan keluarga, dan hanya menjaja semangat Islam seperti menjaja keropok lekor dan budu serta pekasam. 

Islam tidak tergugat di bumi bertuah ini. Hanya Melayu yang terperangkap dalam budaya kebendaan, kekuasaan yang menjadikan mereka pengemis terhormat sebagai koruptor atau peminta-peminta BRIM. Kepada Melayu sang koruptor yang bertaraf jutawan, pembelit, penipu dijulang ke langit biru kerana dia kaya, dermawan dan dinobat oleh para penjilat sebagai bossku. Ini nilai-nilai budaya Melayu hari ini. Alim ulamak sanggup menjadi ular dalam semak mengaminkan para koruptor, penipu dan penguasa yang zalim. Ini orang yg kononnya pembela agama. 

Islam tidak tergugat. Yang tergugat dan terperangkap dalam budaya kebendaan dewasa ini ialah Melayu yang kaya dengan emosi yang hilang gigi hanya tinggal gusi. - Yahaya Ismail 
TS
DIDAKWA perbagai kesalahan rasuah berbilion² berjuta² ringgit & salahguna kuasa & ubah wang haram di era BN menjadi kerajaan.
.Imej mungkin mengandungi: 3 orang, meme dan teks
Tetapi dituduhnya fitnahnya Islam sedang terancam di bawah PH?

1 comments:

nick said...

Lawak siot! Islam tergugat? Betul ke atau ini adalah iklan pelaris perdagangan agama yang dipelopori oleh agamawan2 yang mencari makan dengan menjual agama? Islam tergugat dibawah kerajaan majoriti melayu Islam? Rasanya macam tak masuk akal je, tuduhan ni. Nak tanya agamawan2 yang kerja menunggang agama ni, tak pernahkah umat melayu islam di tanah melayu ni diperintah oleh non muslim? Islam tergugatkah masa tu? Sultan2 melayu dan orang2 melayu di Tanah Melayu ni pernah menjadi hamba takluk kepada kerajaan inggeris dan raja2nya tapi Islam tak tergugat pun masa tu! Islam malah tidak tergugat sebaliknya berkembang baik dengan lahirnya ramai tokoh2 ilmuan Islam yang ada diantara mereka diangkat sebagai wali! Dizaman melayu dijajah, dizaman Sultan2 melayu menjadi takluk kepada Raja Inggeris yang beragama Kristian Protestan, tak dak pun ada kerahan agar umat melayu di kristiankan tapi sekarang ni waktu PM adalah melayu Islam, TPMnya melayu islam, majoriti menteri adalah Islam, bilangan ahli Parlimen Islam melebihi 2/3 dari kesemua ahli parlimen, melayu dan Islam tergugat? Masjid dah tak dibenarkan utk bersolat? Umat islam dilarang berpuasa? Pusat zakat dah ditutup dan sultan2 bukan lagi menjadi ketua agama Islam di negeri2?

Lebai2 cari makan ni memang saja je nak buat gempak agar perniagaan menjual agama mereka ni makin laku. Ibarat penjual senjata, demi menambah penjualan senjata maka mereka dok sibuk nak buat perang dan agamawan2 cari makan jual agama bila nak bagi laku barang dagangan mereka maka dihebohkan dan diwar2kan lah kononnya islam tergugat dan melayu akan jadi bangsa terpinggir di bumi sendiri sedangkan melayu tulah yang menjual agama sambil makan rasuah dan melayu tu lah yang menjadi penyamun dan pencuri harta neggara. Islam tu agama ALLAH SWT dan DIAlah sebaik2 penjaganya! Nak suruh melayu jaga Islam? Piraahh! Suruh jaga tabung Haji dan Felda pun hancur ini kan pulak nak suruh jaga Islam. Lagi hancur gamaknya bila melayu2 penyamun dan lebai2 penunggang agama diharapkan utk jaga agama. Diri mereka sendiri pun tak terjaga, asyik mencuri dan membohong, hancur Islam dibuatnya! Lawak memang lawak kerja2 penunggang agama ni!

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena