Wednesday 10 October 2018

[Video DEMOKRASI RESTU HAK MENGIDAM menang PR...Setelah meninggalkan Pas, AMANAH menang bergaya ke Putrajaya] Umno bakal KARAM, teruk & tak ada nyawa! Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dilaporkan akan meninggalkan Umno esok. Ho,hooo,hooo.oo MP Umno akan tinggal 48 & Umno bukan lagi parti terbesar dalam Dewan Rakyat?

Rabu, 10 Oktober 2018
Umno bakal KARAM!
Image result for Gambar Umno karam
Suara Rakyat
Ada kapal dah nak karam, tiba-tiba ada plok yang kesian bagi pelampung nak selamatkannya..
Siapa ek...

Laporan: Seorang lagi MP Umno dijangka keluar parti

Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dilaporkan akan meninggalkan Umno esok.
Menurut laporan Astro Awani, Rozman kemungkinan besar menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Rozman tidak menafikan atau mengesahkan spekulasi itu namun memberi gambaran beliau mempunyai banyak perkara untuk dikatakan.
"Saya akan memberi kenyataan rasmi esok (Khamis) dan sekarang sedang menyediakan kenyataan itu.
"Banyak perkara yang akan dimuatkan dalam kenyataan itu," katanya dipetik sebagai berkata.
Sekiranya spekulasi itu benar, Rozman akan menjadi anggota parlimen Umno yang keenam meninggalkan parti.
Dengan hanya 48 anggota parlimen yang tinggal, ia akan menjadikan Umno bukan lagi parti terbesar dalam Dewan Rakyat.
Ketika ini, Umno dan PKR masing-masing merupakan parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 49 kerusi.
PKR sebelum ini mempunyai 50 kerusi namun berkurang satu kerusi setelah kerusi Port Dickson dikosongkan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK).
PKR akan mempunyai 50 kerusi semula sekiranya Anwar menang dalam PRK itu Sabtu ini.
Laporan itu berkata Rozman dijangka menyerahkan borang keanggotaan kepada Timbalan Presiden WARISAN Darell Leiking.
Darell dijadualkan mengunjungi Labuan esok.
Bulan lalu, Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman dan Anggota Parlimen Jeli Datuk Mustapha Mohamed keluar Umno.
Sebelum itu, tiga anggota parliemen Umno telah meninggalkan parti itu. Mereka ialah Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Noor Azmi Ghazali.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena