Saturday 6 October 2018

[Video Khalwat-UAI Jangan pecah rumah & Komen Mujahid! Maksiat Tetap Maksiat - Anwar Ibrahim] Hu yooo, Modus Operandi lidah siar-MCABN (The Star) memfitnah & buat provokasi fitnah jahat GAGAL! Pendekatan Mujahid selaras Perlembagaan Negara & Camner lebai2, ust syed & mufti2 yg pro-Umno boleh percaya bulat2 The Star.

Ahad, 7 Oktober 2018


Foto Suara Rakyat.
SEKALI LAGI modus operandi lidah siar-BN utk fitnah & buat provokasi jahat tentang tindak tanduk k'jaan PH sekali gagal..

NAMPAK TAK !!.. secara halusnya mereka cuba mengapi2kan rakyat M'sia dgn laporan fitnah mereka khususnya buat pembangkang yg tidak menggunakan akal & otak terus menerima jilat terus laporan salah lapor lagi khianat berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr. Mujahid Yusof
berkaitan penguatkuasannya jenayah khalwat telah diputarbelitkan dgn ayat-ayat yang ditafsirkan dan disimpulkan sendiri oleh pemberita The Star.

NAMPAKNYA.. pembangkang2 yg buta mata & hati, walaun2 walauntit lebih gemar & percaya berita2 lidah fitnah UMNO/BN tanpa usul selidik terlebih dahulu..

YANG HERANNYA, camner lebai2 & mufti2 yg pro-UMNO itu boleh percaya bulat2 dari laporan lidah siar fitnah BN spt The Star itu tanpa usul selidik?... UMNO/ BN dah kalah hilang kuasanya pon masih nak jilat mereka lagi ka?

Kepada mereka di sana yg telah memfitnah menteri berkenaan dgn menular berita2 yg salah, jawablah sendiri anda di akhirat kelak..

Foto Suara Rakyat.
Pendekatan Mujahid selaras perlembagaan negara

Sesiapa yang membaca temu bual The Star dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof hari ini akan nampak jelas visi dasar Pengislaman dan pembangunan Islam yang akan menjadi pendekatan kerajaan Pakatan Harapan dengan menekankan hak perseorangan dalam kepercayaan beragama yang tidak memerlukan sepenuhnya penguasaan undang-undang atau moral policing.

Di bawah polisi ini penangkapan khalwat yang tidak menganggu ketenteraman nilai awam sehingga terpaksa mengetuk pintu hotel mungkin tidak lagi akan diperlukan, seperti juga orang Islam yang minum arak di rumah sendiri, dan pemisahan lelaki perempuan di lorong bayaran di pusat-pusat beli belah.

Ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi isu-isu keterbatasan, kebebasan dan dan ketertiban termaktub dalam perlembagaan negara sejak merdeka.

Umpamanya etika berpakaian di tempat awam, polis sendiri memahaminya.

(Larangan terhadap lelaki berseluar pendek atas paras lutut pernah berlaku semasa Terengganu dikuasai oleh PAS bagi pertama kali.)

Menghayati temu bual Mujahid itu maka pada pandangan saya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah membuat pilihan tepat meletakkan beliau ke jawatan menteri menjaga Islam.

Hal ini kerana beliau memahami dan mempunyai visi untuk mengekalkan cara pendekatan dalam semangat perlembagan negara yang dijuarai Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman hingga ke Dr Mahathir.

Bagaimanapun dasar itu telah dicemarkan oleh rejim Najib Razak yang mahu menggunakan agama untuk tujuan politik selain bekerjasama dengan PAS melaksanakan hukum hudud yang turut menjadi bantahah orang bukan Islam, serta menyebabkan Umno dipandang serong masyarakat bukan Islam.

Tunjukkan ada keazaman

Dengan pendedahan dirinya sebagai seorang Islamis berjiwa besar yang percaya kepada keimanan dan ketahanan diri sendiri dalam masyarakat yang terbuka kepada pelbagai anasir yang unislamic maka saya percaya Mujahid akan dapat membina masyarakat Islam yang dinamik dan progresif.

Dengan itu juga Mujahid mendedahkan beliau telah lama menjadi duri dalam daging kepada PAS, dan sekarang mahu menjalankan tugasnya untuk mencabut PAS dari terus menjadi duri dalam jasad negara.


Orang Islam boleh hidup di dunia Barat yang penuh dengan nilai-nilai kekafiran malah generasi Islam sebelum Malaya merdeka belajar di sekolah-sekolah Kristian tetapi mereka tetap beriman dan tidak menjadi kafir.

Pendekatan-pendekatan Islam yang bengis dan menakutkan menampakkan ketipisan keimanan mereka.

Terkini pendekatan Islam yang menyebabkan Islam dipandang rendah oleh bukan Islam ialah menyebat wanita lesbian di hadapan umum - termasuk lelaki - kerana melakukan kesilapan pertama kali dan menghukum wanita Islam yang miskin yang melacurkan diri di Terengganu.


Mereka juga tidak membantah perkahwinan di bawah umur dan membiarkan sekolah-sekolah tahfiz berkembang tanpa kawalan.

Semua ini menampakkan pendekatan Islam yang tiada simpati, tidak prihatian dan tanpa kemesraan dan kemanusian.

Walaupun sebagai menteri Mujahid berhasrat menyamakan langkah pendekatan Islam yang mesra di seluruh negara tetapi tidak semuanya dalam bidang kuasanya.


Bagaimanapun beliau menampakan keazaman yang kuat untuk melaksanakannya apabila beliau berkata hal itu tidak seharusnya menjadi halangan kerana beliau juga mempuyai kuasa untuk menjalankan dasar yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berada di bawah beliau maka saya percaya ia akan dapat membantu Mujahid untuk menyelaras dan melaksanakan dasar yang sama antara negeri walaupun tidak mudah dan menghadapi tentangan dalaman.

Kata Mujahid: "Awak boleh membuat interpretasi sendiri tetapi awak juga mesti menghormati dasar yang akan dijalankan oleh kerajaan sekarang".

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN ialah bekas Menteri Penerangan dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd. Tulisan ini asalnya terbit di blog beliau.

Akhbar the Star adalah milik MCA parti gbngn BN yg telah memutarbelitkan kenyataan YB Menyeri trsbt...


Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena