Wednesday 10 October 2018

[Video Zahid tenang keluar dari SPRM selepas beri keterangan] Cukup2 laa sorg je Zahid, Ada sorg nie pon, belom tentu dpt 1000 org bole berhimpun & Lepas disoal siasat 9 jam, Zahid mungkin dipanggil SPRM lagi esok.

Rabu, 10 Oktober 2018

Foto Otai BERSIH.
Cukup2 laa sorg je Zahid Hamidi..
Ada sorg nie pon, belom tentu dpt 1000 org bole berhimpun..
Lepas disoal siasat 9 jam, Zahid mungkin dipanggil SPRM lagi esok
Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama hampir sembilan jam dan dijangka akan hadir lagi semula esok di ibu pejabat suruhanjaya itu.
Zahid yang dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat SPRM sekitar 5.4o petang bagaimanapun menolak untuk bercakap kepada petugas media yang menunggu beliau di lobi sejak pagi.
"Tiada sidang media hari ini," katanya.
Presiden Umno itu dilihat tenang dan sempat bersalaman dengan beberapa petugas media ketika beliau melangkah menuju kenderaan yang menunggunya.
Sumber dari SPRM berkata Zahid akan dipanggil semula esok.
"Kami belum habis merakam keterangan beliau. Beliau akan dipanggil semula esok," kata sumber itu.
Bagaimanapun, ketika ditanya berhubung perkara itu, Zahid tersenyum dan berkata: "Saya akan pilih tarikh dan masa saya sendiri".
Anak Zahid, Nurulhidayah dan adik Zahid, Datuk Seri Mohd Nasaie meninggalkan ibu pejabat SPRM lebih awal iaitu kira-kira jam 4.50 petang.
Nurulhidayah menafikan dia disiasat dan menjelaskan bahawa kehadirannya hanya untuk menemani ayahnya.
Zahid kemudian memuat naik gambarnya dalam perjalanan pulang bersama Nurulhidayah di Twitter.
Zahid hadir di ibu pejabat SPRM buat kali ketiga untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.
Julai lalu, Zahid mengunjungi SPRM dua kali, satu untuk membantu siasatan dakwaan derma RM2.6 bilion oleh keluarga diraja Arab Saudi kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan satu lagi berhubung Yayasan Akal Budi.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena