Saturday, 27 May 2017

[Video MEMALUKAN! TERBUKTI DAP Penang Yang Kafir Lebih Faham Islam Daripada Kerajaan Umno] SALAH SIAPA DUIT POKET MAKIN SIKIT?

Ahad, 28 Mei 2017

Foto Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli bersama Asrul Nizam Abd Jalil dan 6 yang lain.
SALAH SIAPA DUIT POKET MAKIN SIKIT?
Sebenarnya siapa yang bertanggungjawab mempengaruhi atau mengawal atau menetapkan perkara-perkara ekonomi asas yang menentukan gaji kita, bayaran bulanan pinjaman kereta dan rumah kita?
Banyak beban ekonomi yang ditanggung oleh rakyat kini adalah berpunca dari kerajaan kerana kesan berganda dari campur tangan di dalam ekonomi dan keterlibatan terus di dalam ekonomi melalui pemilikan GLC dan syarikat-syarikat swasta.
Kerajaan menetapkan undang-undang yang mengawal urusan jual beli dan perniagaan. Setiap peniaga perlu patuh kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Ada lesen dan permit yang perlu diperolehi dari jabatan kerajaan sebelum sesuatu perniagaan dapat dijalankan. Lesen dan permit ini hanya boleh diperolehi dengan membayar yuran tertentu kepada kerajaan. Semakin banyak undang-undang yang perlu diperolehi, maka semakin tinggi kos yang ditanggung oleh peniaga. Secara tidak langsung, dasar kerajaan mempengaruhi kos sesuatu barangan atau perkhidmatan yang akhirnya sampai kepada rakyat.
Kedua, kerajaan menentukan cukai yang perlu dibayar oleh seorang peniaga atau sesebuah perniagaan. Setiap untung perlu ditolak cukai yang wajib dibayar kepada kerajaan. Semakin tinggi cukai yang ditetapkan kerajaan, semakin kurang untung bersih. Semakin banyak jenis cukai yang perlu dibayar oleh seorang peniaga ke atas hasil perniagaannya, semakin kurang untung bersih. Jika semua peniaga perlu mendapatkan untung bersih minima yang tertentu untuk kekal berniaga, maka semua peniaga terpaksa menetapkan harga jualan barang atau perkhidmatan pada satu tahap yang mencukupi selepas ditolak cukai-cukai yang dikutip kerajaan.
Ketiga, kerajaan menetapkan harga barang asas yang menjadi kos utama di dalam perniagaan. Sumber bahan api utama seperti petrol dan diesel, gas memasak, elektrik, air, kadar tol, tambang pengangkutan dan lain-lain ditetapkan oleh kerajaan. Jika atas sebab-sebab tertentu kerajaan menaikkan tarif bagi bahan asas, secara langsung kos yang ditanggung peniaga juga akan meningkat. Dalam banyak keadaan di dalam ekonomi yang banyak dipengaruhi tindakan kerajaan seperti Malaysia, setiap keputusan kerajaan berkaitan harga barang asas mempunyai kesan langsung yang besar ke atas harga barang dan perkhidmatan.
Keempat, dasar ekonomi makro (dasar-dasar kerajaan yang mempengaruhi ekonomi masyarakat dan negara) yang dilaksanakan oleh kerajaan menentukan kepesatan perniagaan dan nilai matawang. Ekonomi yang berkembang pesat selalunya akan membawa kepada pengukuhan nilai matawang yang membolehkan lebih banyak barang diimport pada harga yang lebih murah. Dasar ekonomi makro yang mensasarkan kepada sektor yang tepat akan membolehkan lebih banyak barang dan perkhidmatan keluaran rakyat boleh dijual di peringkat antarabangsa dan membawa lebih banyak wang masuk ke negara ini. Sebaliknya dasar ekonomi makro yang tersasar boleh membantutkan perkembangan ekonomi dan melemahkan nilai matawang. Bila nilai matawang jatuh, barangan import akan menjadi lebih mahal dan kenaikan harga itu akhirnya ditanggung oleh rakyat.
Kelima, kerajaan juga turut bersaing di dalam perniagaan melalui pelbagai agensi, syarikat berkait kerajaan (atau government linked companies yang sering dirujuk sebagai GLC) dan pegangan di dalam syarikat-syarikat swasta. Secara langsung, kerajaan menetapkan harga, gaji dan pelbagai perkara lain yang ditanggung oleh rakyat yang membeli barangan/perkhidmatan dari syarikat-syarikat GLC atau swasta yang dimiliki oleh kerajaan itu.
Ketahui lebih lanjut tentang cadangan-cadangan penambahbaikan amalan Kerajaan Persekutuan untuk berupaya mengimbangi keperluan mendesak menurunkan kos sara hidup dan meningkatkan gaji/pendapatan rakyat dengan membeli Panduan Bina Semula Negara yang telah ditulis oleh saya dan penyelidik INVOKE Malaysia di: http://bit.ly/PanduanBinaSemulaNegara
Dan Jangan lupa untuk mendaftar sebagai sukarelawan INVOKE Malaysia di: http://bit.ly/JomJoinINVOKE
Rafizi Ramli
Sukarelawan INVOKE #00001

1 comments:

Johan said...

DAP anti Islam.....ayat buat melayu skrew melayu itu bukti DAP bermuka-muka....

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena