Wednesday 3 May 2017

[Video PRU14 Masanya Untuk Talqinkan Najib & UMNO] 'Anak kecil menangis suaranya parau kerana bekalan susunya habis semalam' & KUASA PEKERJA ENTAH KE MANA?

Rabu, 3 Mei 2017

Foto Mohd Anuar Tahir.
KUASA PEKERJA ENTAH KE MANA
Ada.....banyak rumahtangga yang bergelora
Ada.....anak kecil menangis suaranya parau kerana bekalan susunya habis semalam
Banyak pula sepatu berlubang dan stokin rabak anak sekolah tidak berganti
Rumah setinggan dan flat usang yang didiami masih tetap begitu sejak beberapa dekad lalu
Ada.....anak sekolah yang lapar di kantin justeru tiada ongkos yang dibekalkan
Demikian derita mereka
Para kuli, buruh, pekerja di pinggir dan di tengah kota
Sedang pak menteri dan kelas bangsawan
Rakus berbelanja di Harrods, Florence atau Roma
Sepatu kulit dan tas tangan ratusan ribu
Baju model baru Itali atau wangian dari Paris
Mengunyah pizza di tepi menara pisa

Derita pekerja, tak ramai yang menyapa
Walau sudah terdesak mengisytiharkan gaji minima RM900,
sedang anak enam bersama isteri yang tak berdaya - tak
mungkin cukup
Derita pekerja, entah siapa yang menyapa
Sedang peneroka Felda tersenyum lebar sampai ke telinga
di timpa durian runtuh ratusan ribu jumlahnya.

Justeru mereka dominon di kerusi 40 pilihanraya
Namun derita pekerja, siapa yang menyapa?
Kesatuanmu tidak seberapa
Kongresmu dipandang sepi, kerana kuasamu belum terserlah lagi
Sedangkan ratusan kerusi parlimen sebenarnya di hujung jarimu

SHAH ALAM - 1 MEI 2011

(GAMBAR : Rutin setiap makan tengah hari bersama pekerja saya)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena