Wednesday, 3 May 2017

[Video Sukahatilah Orang Nak Kata Apapun Kat Saya] Halatuju politik PAS perlu diselamatkan dari ‘hanyut’ bersama UMNO

Rabu, 3 Mei 2017

Halatuju politik PAS perlu diselamatkan dari ‘hanyut’ bersama UMNO

IPOH, 3 MEI: Halatuju politik PAS berubah setelah pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mengambil pendekatan ‘mesra’ dengan musuh politik tradisinya UMNO.
Di bawah kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu semakin hanyut mengikut rentak UMNO yang pernah suatu ketika dahulu dibayangi dengan polemik kafir-mengkafir setelah munculnya ‘Amanat Haji Hadi’ tahun 1981.
Walaupun ‘persahabatan’ PAS dengan UMNO dinafikan, tindak-tanduk dan tohmahan pemimpin mereka terhadap parti-parti gabungan Pakatan Harapan khususnya DAP senada dengan serangan jahat yang dilancarkan jentera kempen UMNO selama ini.
Malah, muktamar PAS ke-63 yang berlangsung di Kedah baru-baru ini mendapat liputan istimewa media-media utama kawalan UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Wong Kah Woh, Ketua DAPSY Kebangsaan, ADUN Canning
Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Who berkata, PAS yang telah berjuang lebih separuh abad itu juga kini bukan sahaja ‘sesat’ dalam perjuangan politiknya tetapi juga gagal untuk membezakan yang benar dan yang salah.
“Walaupun Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhil Shaari menafikan sokongan partinya kepada UMNO, hakikatnya Presiden PAS sendiri telah secara terbuka mengisytiharkan untuk melarang sebarang langkah yang akan memenangkan DAP dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14,” katanya.
Ia ekoran kenyataan Hadi dalam muktamar PAS baru-baru ini bahawa PAS menolak sebarang langkah untuk ‘menjatuhkan’ kerajaan sedia ada dalam pilihan raya akan datang hanya untuk membolehkan gabungan yang kononnya diketuai DAP untuk mengambil alih Putrajaya.
Apa yang berlaku saat ini kata Kah Woh amat menghairankan walaupun PAS pernah bekerjasama dengan DAP selama tujuh tahun sejak 2008 malah pernah menjadi mangsa penipuan UMNO.
“Hadi sebelum ini sangat faham mengenai konsesus dan semangat saling menghormati yang merupakan mekanisme Pakatan Rakyat,” jelas ADUN Canning itu.
Daripada pendekatan ‘Islam untuk semua’, perjuangan PAS kini terarah kepada perkauman sempit apabila ucapan pemimpin-pemimpinnya dilihat cuba menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum negara ini dengan memainkan sentimen kaum dan agama.
“Mengapa sekarang PAS dan Hadi Awang menggunakan cara UMNO dengan menimbulkan kebencian dan ketakutan orang Melayu dan Islam terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH)?
“Mungkin jawapannya ialah PAS cuba menyelamatkan UMNO daripada skandal dan penyelewengan dalam kerajaan dengan mendakwa sebagai kuasa ketiga yang berasingan dari PH dan BN sekaligus mereka boleh menjadi pengacau untuk pecahkan undi pembangkang,” katanya lagi.
Perkembangan yang berlaku dalam PAS saat ini ujar Kah Woh hanya terarah untuk mengekalkan kuasa UMNO.
“Ahmad Fadhli Shaari perlu mengembeling tenaga bersama sekitar satu juta ahli PAS untuk menyelamatkan parti itu supaya tidak tenggelam dan mereput dengan UMNO,” katanya lagi. –Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena