Tuesday, 9 May 2017

[Video Rosmah Kena Herdik Wartawan Di London] Buku Najib dijual RM2 aje (cubaan memalukan imej PM?) Hampir separuh ahli Amanah baharu bulan lepas dari Kelantan

Selasa, 9 Mei 2017

Foto Otai BERSIH.
Diharap PDRM, KDN, PMO,SPRM,RTM, TV3 siasat.. buku Najib dijual pada harga RM2 saja..!!! cubaan memalukan imej Perdana Menteri..!!

Hampir separuh ahli Amanah baharu bulan lepas dari Kelantan

Wan Rahim bersarapan sambil berbual santai dengan penduduk di Kota Bharu
Penerimaan rakyat Kelantan terhadap parti Amanah amat memberangsangkan apabila 49 peratus ahli baharu parti itu yang diluluskan pada bulan April lalu adalah dari negeri itu.
Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada jentera semua peringkat yang bekerja keras mengembangkan parti.
"Sepanjang tahun lepas kita menumpukan kerja-kerja mengemaskini pentadbiran.
"Syukur kerana semua 14 parlimen telah kita wujudkan kawasan-kawasan berdaftar dan sayap-sayap wanita dan pemuda turut ditubuhkan," katanya.
Tindakan susulan katanya ialah menggerakkan persiapan menghadapi pilihan raya.
"Mulai hujung tahun lepas, biro pilihan raya negeri telah mengatur gerakan kesemua kawasan dewan undangan negeri untuk menubuhkan jentera.
"Alhamdulillah gerakan ini telah hampir selesai dan kita memasuki fasa baru untuk mengadakan kempen yang mensasarkan semua pengundi," katanya.
Menurut Datuk Wan Rahim selain kemantapan gerak kerja dalaman parti, isu-isu di luar parti turut memberi sumbangan kepada penerimaan orang ramai kepada Amanah.
"Amanah semakin diyakini sebagai parti yang benar-benar mewakili rakyat untuk menentang segala bentuk penyelewengan yang dilakukan pemerintah.
"Gerak geri parti lama yang semakin jelas mesra BN dan memusuhi penentang-penentang BN menyebabkan semakin ramai ahli parti itu beralih arah," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada jentera parti peringkat negeri yang merangka program-program menarik yang kini menjadi ikutan negeri-negeri lain.
"Program kuliah mingguan, tanweer (usrah) bulanan, khatam quran bulanan dan operasi menaikkan bendera telah menjadikan Amanah Kelantan cepat dikenali ramai walaupun masih baru.
"Usaha pemuda mengadakan siaran langsung setiap program parti pula menjadikan mesej Amanah segera tersebar luas," katanya.
Pimpinan Amanah Nasional dan negeri-negeri lain katanya, sentiasa memerhati langkah-langkah yang dibuat oleh Amanah Kelantan.
"Dalam mesyuarat Amanah Nasional saya terus menerus disoal tentang bagaimana menjayakan program-program yang kelihatan begitu rancak.
"Saya sukar untuk memberi jawapan kerana sebahagian besar program-program ini dilaksanakan sendiri oleh jentera peringkat bawahan dan hanya memaklumkan kepada pimpinan negeri kemudian," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena