Tuesday, 14 November 2017

[Video BN GAGAL BANTU RAKYAT~Kenapa Najib Tarik Subsidi Minyak] Rombongan Dr Mahathir ke Putrajaya esok.

Selasa, 14 November 2017

Image result for Gambar Pakatan Harapan tawan Putrajaya

Rombongan Dr Mahathir ke Putrajaya esok

Rombongan Dr Mahathir ke Putrajaya esok

DR Mahathir Mohamad akan mengetuai rombongan ke pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya esok untuk bertanya kenapa pendaftaran Pakatan Harapan masih tidak diluluskan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 November, 2017.

DR Mahathir Mohamad akan mengetuai rombongan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya esok untuk bertanya kenapa pendaftaran Pakatan Harapan (PH) masih belum lagi diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Barisan kepimpinan PH itu mahu tahu apakah RoS sengaja menangguhkan pendaftaran gabungan itu, tanpa alasan yang munasabah kerana semua syarat yang dikehendaki sudah pun mereka patuhi.
PH mengemukakan permohonan pendaftaran kepada RoS pada 24 Julai lepas.
Seorang pemimpin kanan PH memberitahu The Malaysian Insight, pendaftaran itu tidak boleh ditangguhkan lagi kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan, sudah terlalu dekat.
“Dr Mahathir dan setiap ketua parti dalam PH akan ke KDN pada 15 November ini untuk bertanyakan sendiri mengapa pendaftaran PH dilambatkan,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight, dengan syarat tidak dinamakan.
“Semua syarat sudah dipenuhi, apa lagi yang mereka mahu?
“Apakah RoS sengaja melambat-lambatkan supaya pengundi tidak dapat kenal logo PH pada PRU14?”
RoS ialah sebuah jabatan di bawah KDN, yang menguruskan hal ehwal pertubuhan masyarakat, persatuan dan parti politik.
Seorang lagi pemimpin PH memberitahu The Malaysian Insight bahawa RoS sudah menghantar sepucuk surat pada 2 November lepas berkenaan status pendaftaran tersebut.
Dalam surat berkenaan, yang dilihat oleh The Malaysian Insight, RoS memaklumkan permohonan PH masih dalam pertimbangan. Surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan.
“Dimaklumkan bahawa permohonan pendaftaran Pakatan Harapan adalah masih dalam pertimbangan jabatan ini.
“Oleh itu, sebarang keputusan berhubung permohonan pendaftaran parti ini akan dikemukakan kepada pihak YBhg. Dato’ sewajarnya kelak,” menurut surat yang ditujukan kepada Ketua Setiausaha PH Saifuddin Abdullah.
Pemimpin PH bulan lalu mempersoalkan tindakan RoS melengah-lengahkan pendaftaran gabungan parti pembangkang itu, yang dibentuk oleh Bersatu, PKR, DAP dan Amanah, sehingga menyebabkan mereka menanti hampir 100 hari.
Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin pada satu sidang media di Parlimen, menyelar alasan RoS kononnya kelewatan kelulusan kerana meneliti permohonan daripada aspek keselamatan dan kepentingan awam tidak boleh diterima pakai.
Dalam jawapan lisan di Parlimen pada 23 Oktober lalu, KDN berkata menjadi tanggungjawab RoS meneliti setiap permohonan parti politik bagi memelihara keselamatan dan kepentingan awam.
"RoS bertanggungjawab untuk meneliti setiap permohonan pendaftaran parti politik dengan terperinci bagi memastikan aspek keselamatan dan kepentingan awam adalah terpelihara.”
Sim yang juga ahli Parlimen Bayan Baru dalam soalan lisan meminta menteri dalam negeri menyatakan sebab keputusan kelulusan pendaftaran dan logo PH dilambatkan serta syarat dan kriteria tambahan yang diperlukan oleh RoS.
KDN bagaimanapun berkata tidak ada syarat dan kriteria tambahan yang diperlukan dan permohonan itu masih dalam pertimbangan jabatan. – 14 November, 2017.
The Malaysian Insight. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena