Monday 13 November 2017

[Video Cukai Meningkat Dan Membebankan Rakyat Pada Masa Kini] Bajet 2018: Mengapa PAS berkecuali lagi? & Bila lagi Pas mahu membalas sikap baik hati Najib itu?

Selasa, 14 November 2017

KENAPA PAS BERKECUALI LAGI?

Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2018 diluluskan di peringkat dasar selepas undian belah bahagi dijalankan di Parlimen, petang tadi.

Keputusan pengundian menyaksikan 107 Ahli Parlimen menyokong, 59 membantah dan 11 berkecuali.

Dengan itu, Bajet 2018 lulus untuk dibawa bagi bacaan kali kedua.

11 Ahli Parlimen yang berkecuali ialah daripada Pas, kecuali Mahfuz Omar, wakil dari Pokok Sena, manakala seperti yang dimaklumi, yang menyokong sudah tentu daripada BN dan yang menentang ialah Pakatan Harapan.

Kenapa Pas masih berkecuali?

Pas sebelum ini ada menyatakan mereka sedia bekerjasama dengan kerajaan BN pimpinan Najib Razak atas perkara-perkara kebaikan dan demi kepentingan rakyat.

Apakah Bajet 2018 bukan perkara baik dan tidak untuk kepentingan rakyat?

Sampai bila Pas mahu terus berkecuali dalam pendirian mereka?

Tidak bolehkah, menjelang PRU 14 yang dikatakan ibu segala pilihanraya dan Bajet 2018 pula dianggap ibu segala bajet, Pas tampil menggembirakan hati Najib dengan menyokong bajet kali ini?

Lagi pula, bukankah Najib sudah banyak bersikap baik hati kepada Pas?

Bila lagi Pas mahu membalas sikap baik hati Najib itu?

Walaupun diakui tindakan Pas bersendirian dan menjadikan pertandingan tiga penjuru sedikit-sebanyak menerbitkan bunga-bunga gembira di hati Najib, tetapi kegembiraan itu tentu lebih mekar kiranya dapat dizahirkan secara terbuka di dalam Parlimen.

Pas pun pastinya tahu tentang kegembiraan Najib itu jika mereka tampil menyatakan sokongan secara terbuka dan tidak lagi bersikap berkecuali

Lalu, kenapa Pas masih bertangguh-tangguh untuk menggembirakan rakan sendiri? (ShahbudinHusin 13/11/2017)

1 comments:

Dr said...

ANTARA SIFAT2 MUNAFIK IALAH SUKA BERBOHONG...TERUTAMA KPD RAKYAT

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena