Monday, 13 November 2017

[Video NAJIB TIDAK LAYAK HINA TUN M~Skandal Najib Lagi Teruk] Umno berterima kasih kepada Pas: Faham-fahamlah sendiri, kata MP AMANAH..."11 MP Parti Suci tak mengundi".

Selasa, 14 November 2017

Umno berterima kasih kepada Pas: Faham-fahamlah sendiri, kata MP AMANAH

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berpendapat keputusan pengundian Bajet 2018 semalam paling ‘bagus’ apabila Ahli Majlis Tertinggi Umno mengucapkan terima kasih kepada Pas.
Penghargaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki itu ekoran sikap 11 Ahli Parlimen Pas yang tidak mengundi ‘ibu segala bajet’ mencecah RM280.25 bilion itu.
Menggelarkan Pas sebagai “Parti Suci”, Hanipa yang merupakan Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional menyenaraikan kesemua mereka terbabit termasuk dua yang tidak hadir.
“11 Parti Suci tak mengundi: Bukit Gantang, Kota Bharu, Temerloh, Kuala Nerus, Pasir Mas, Bachok, Kubang Kerian, Pasir Puteh, Hulu Langat, Pengkalan Chepa dan Rantau Panjang.
“Dua MP parti suci iaitu YB Marang dan YB Dungun tidak hadir dalam Dewan.
Hanipa…selalu namakan Pas sebagai parti suci.
“Yang best lagi ada Timbalan Menteri Umno yang berterima kasih kepada parti suci.So, faham fahamlah sendiri,” ujar peguam tersebut dipetik dari Facebook beliau hari ini.
Rata-rata pihak berpendapat ucapan terima kasih daripada Asyraf di akaun laman sosial Twitter itu dilihat sebagai hubungan positif antara Umno dan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir.
“Bajet 2018 diluluskan di peringkat dasar di Parlimen dengan 107 menyokong dan 59 menentang. Sementara 11 anggota parlimen Pas berkecuali. Terima kasih Pas,” tulis menteri berkaitan Hal Ehwal Agama itu.
Sejak dua tahun lalu, “keintiman” Umno-Pas yang secara terbuka dapat dilihat pada beberapa siri kehadiran Presiden kedua-dua parti berkenaan dalam majlis yang sama.
Walhal, umum mengetahui Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang itu mempunyai hubungan keruh dengan pemimpin tertinggi parti-parti pembangkang lain.
Antaranya, Hadi sepentas bersama Presiden Umno, Najib Razak pada Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, 4 Disember 2016 serta berpakaian sedondon merah jambu dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, 18 Disember 2015.
Bahkan, salah satu daripada antara tujuh resolusi yang dimuktamadkan dalam majlis itu adalah pembentukan satu jawatankuasa penaja bagi mengadakan pertemuan berkala Umno-Pas.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali pada 27 Disember 2016 pula hadir dalam program anjuran Umno yang dinamakan ‘Teh Tarik Session’ di Malaysia Hall, London.
Pertemuan tersebut secara jelas menumpukan ‘usul pindaan Akta 355’ seperti terpampang pada poster program yang juga dimuat naik dalam Facebook rasmi Kelab Umno Luar Negara (United Kingdom).
Foto Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus duduk rapat di kanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom yang sedang berdiri dan berucap di depan khalayak kemudiannya tular di media sosial.
Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pas dalam reaksinya selepas tiga hari program tersebut memberitahu, Sesi Teh Tarik di London itu adalah antara lebih 10 slot program di Birmingham, Manchester, Dublin dan Belfast, Northen Ireland.
Pas juga dilihat berkawan dengan Umno atau pada masa dipermainkan parti pemerintah itu ekoran permintaan berulang kali Hadi untuk menunda pembentangan pindaan Akta 355 walaupun kononnya Pas mahu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 itu dilaksanakan.
Selanjutnya, Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu menyaksikan kehadiran Jamil Khir selain Asyraf yang diakui telah mendapat keizinan Najib.
Sikap Pas keluar dari Pakatan Rakyat seterusnya berdegil enggan menyertai Pakatan Harapan turut dianggap hanya memanjangkan hayat Umno-BN dan tempoh berkuasanya Najib.
Tambah lagi, Pas mahu bersendirian pada pilihan raya akan datang walaupun berlaku pertembungan tiga penjuru dengan kononnya bertindak sebagai Blok Ketiga atas nama Gagasan Sejahtera.
Tidak hairanlah Najib dilihat selesa dengan sikap Pas pasca meninggal dunianya Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan jawatan terakhirnya sebagai Mursyidul Am Pas pada 12 Februari 2015 dalam usianya mencecah 84 tahun.
Keselesaan Najib itu antaranya dapat dilihat pada pujian Pengerusi BN berkenaan dalam satu temu bual khas sempena Perhimpunan Agung Umno yang dimuatkan di akhbar perdana pada 29 November 2016.
“Saya lihat Pas ini tidak macam Pas dulu. Pas hari ini lebih terbuka, Pas hari ini komited memperjuangkan perkara-perkara yang membabitkan kepentingan ummah,” akuinya.
Najib juga satu-satunya Presiden Umno yang semakin ketara menyebut istilah atau ungkapan berbau Islamik yang sebelum ini hanya diucap pemimpin Pas dengan terbaharu ketika membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena