Wednesday, 1 November 2017

[Video SALAH SIAPA!~Adakah Orang Melayu Tidak Kisah Wang Di Curi] Putrajaya tarik balik khidmat pengawal peribadi Dr Mahathir.

Rabu, 1 November 2017

Putrajaya tarik balik khidmat pengawal peribadi Dr Mahathir

Putrajaya tarik balik khidmat pengawal peribadi Dr Mahathir
Khidmat pengawal peribadi dari Unit Tindakan Khas merupakan satu keistimewaan yang diberikan kepada semua bekas perdana menteri.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 November, 2017.

PUTRAJAYA hari ini menarik balik khidmat Unit Tindakan Khas (UTK) yang diberikan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Khidmat pengawal peribadi, merupakan satu keistimewaan yang diberikan kepada semua bekas perdana menteri, ditarik balik setahun selepas kerajaan menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu pejabat Dr Mahathir. 
Dr Mahathir berkongsikan berita itu dengan dua juta follower di laman Facebook rasminya pada jam 4 petang hari ini. 
"Hari ini, khidmat UTK ditarik balik. Perjuangan diteruskan," kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu. 
Posting itu mendapat 4,500 like dan dikongsikan 150 kali setakat ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar pernah menyentuh isu itu di Parlimen pada perbahasan Bajet 2018 hari ini dan mempersoalkan tindakan kerajaan menarik balik khidmat itu.
"Hari ini, tiada lagi UTK. Hanya anggota polis yang bertindak sebagai pengawal peribadinya dikekalkan. Adakah ini dibuat kerana dendam politik?" soal Mahfuz. 
Katanya, khidmat itu tidak sepatutnya ditarik balik kerana Dr Mahathir pernah berkhidmat kepada negara sebagai perdana menteri dan khidmat itu adalah keistimewaan yang diberikan kepada semua bekas pemimpin tertinggi negara. 
"Dr Mahathir hanya ada isu dengan Barisan Nasional dan (perdana menteri) Najib Razak, bukan negara. Tanpa sebarang perlindungan yang sepatutnya beliau dapat, Dr Mahathir kini terdedah kepada ancaman," kata Mahfuz. 
Tahun lalu, polis pengiring Dr Mahathir ditarik balik selepas beliau hadir pada satu acara anti-kerajaan.
Bekas Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata Dr Mahathir perlu memohon pengiring polis trafik dan beliau hanya akan mendapatnya sekiranya hadir pada acara rasmi kerajaan.  – 1 November, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena