Wednesday 1 November 2017

[Video Undi Pas sama Undi Umno Najib perompak 1MDB! Bukan demi HUDUD] Pas nak tawan Kedah PRU14 umpama mimpi mainan tidur.

Khamis, 2 November 2017

Image result for Gambar orang mimpi

Pas nak tawan Kedah PRU14 umpama mimpi mainan tidur

Hasrat Pas untuk menawan Kedah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang akan datang diibaratkan umpama mainan mimpi semata-mata.
Ketua Amanah Kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pas yang ingin menawan Kedah menjelang PRU akan datang.
Menurut beliau lagi, kajian menunjukkan Pas tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat setelah pengalaman mereka selama lima tahun berada dibawah pemerintahan semasa PRU 12 yang lalu.
“Pada zaman pemerintahan Pas, ramai agamawan telah tidak bersetuju dengan urus tadbir mereka yang begitu bercelaru ketika itu.
“Isu penebangan balak yang tidak dapat diselesaikan telah menyebabkan pencemaran yang berleluasa melibatkan air sungai yang bersih sehingga tercemar,Masalah hasil ketidakcekapan urus tadbir pemerintahan Pas tatkala itu.
“Masalah air tidak dapat diselesaikan dengan sempurna walaupun sebelum Pas mengambil alih pemerintahan negeri Kedah mereka sering mengkritik kerajaan terdahulu, sebaliknya tiada pelaksanaan pembaikan yang dibuat oleh Pas, ” jelasnya.
Malah kata Sulaiman lagi, projek ternakan ikan keli (Keli-K) yang diwujudkan oleh kerajaan Pas Kedah di Sungai Pau, Sik, menanggung kerugian hampir RM400 ribu akibat masalah pada peringkat awal pelaksanaan.
Katanya lagi, kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Kedah sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara, segala ketirisan dan kerugian tidak mampu ditutup kerana ia melibatkan kerugian yang besar.
“Terlalu banyak kepincangan dan kelemahan mereka sehinggakan rakyat tidak mampu merasai pembangunan dan kemajuan di pedalaman sekiranya Pas masih lagi diberi mandat di Kedah dalam PRU ke 14.
“Pas tidak berhasrat untuk memperbaiki Islam di peringkat negara, sebaliknya mereka hanya ingin menguasai negeri dengan sokongan penyokong tegarnya bagi memecahkan undi Pakatan Harapan (PH).
“Sekaligus ia cuba menghalang tertubuhnya kerajaan PH yang benar-benar ingin memperbaiki sistem ekonomi, pendapatan rakyat dan memberikan urus tadbir yang baik, ” tegasnya.
Beliau juga berkata, himpunan-himpunan yang sering dianjurkan Pas sejak kebelakangan ini melibatkan skala yang besar diperingkat nasional dan negeri.
Namun begitu jelasnya, di peringkat kawasan, Pas terpaksa akur dan mengakui bahawa sokongan kepada Pas semakin lemah dan longlai.
“Sokongan akar umbi Pas semakin berkurangan dan terpaksa mengambil sikap mendiamkan diri.
“Penyokong Pas kini berbelah bahagi untuk menghadiri program kawasan kerana mereka sudah muak dengan tindakan pimpinan Pas kini.
“Ramai penyokong Pas telah pun beralih arah dikebanyakan kawasan pedalaman, tetapi takut untuk menyatakan sokongan kerana sifat pulau memulau yang masih diamalkan di kampung-kampung, ” ujarnya lagi.
Oleh kerana itu katanya, melihat dari pelbagai kenyataan angkuh pimpinan Pas untuk menawan negeri Kedah hanyalah retorik politik untuk menutup kesilapan dan kepincangan pimpinan Pas terhadap rakyat di negeri Kedah.
“Fakta yang jelas ialah Pas sudah banyak berpecah sehingga ada yang terpaksa ditutup cawangan.
“Ada pula sesetengah kawasan masih lagi tidak mampu untuk mengadakan mesyuarat agung pemuda oleh kerana kekurangan sokongan orang muda.
“Bagi merealisasikan impian Pas untuk menawan Kedah, jalan yang ada hanyalah dengan bergabung dengan Umno walaupun Pas tidak menyertai BN.
“Dengan berkonsepkan taawun, kemungkinan besar mereka boleh menawan Kedah dengan membahagikan kerusi antara Umno dan Pas bagi mencapai impian menggunung tersebut, ” tambahnya lagi.
 Malaysia Dateline

1 comments:

Unknown said...

takde niat pun nk memerintah Kedah

semata2 gimik politik nk tunjuk kunun pas masih lawan umno

sebenarnya matlamat pas lebih dulu tercapai sebelum PRU.. apabila mereka dah Berjaya pecahkan pembangkang dan sgt membela najibbn.

itu saja matlamat pas. dan kejayaan pas itu telah berbayar downpayment nya. jota2 masyuk.

last payment selepas pru jika pas Berjaya bantu bn tawan semua negeri terutama Selangor dan penang.

Kelantan? pun akan pas bagi pada umno. satu lagi kejayaan pas diambang pintu.

penyokong? teruskan takbiiir. teruskan punggut derma jihad. nanti dapat syurga. tp lambat sikit. pemimpin pas dh dpt syurga dah kt dunia ni. penyokong tunggu akhirat lah ye.

rakyat? susah senang rakyat dh takdir ketentuan Tuhan.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena