Saturday, 21 April 2018

[Video Muhyiddin Yassin~ Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan Sabah] Mahathir pula beri amaran pengundi hantu dari Bangladesh.

Ahad, 22 April 2018

Mahathir pula beri amaran pengundi hantu dari Bangladesh


Ketika PRU 2013, ketua pembangkang ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas BN kerana dikatakan mendakwa sejumlah 40,000 dari Bangladesh dibawa masuk ke dalam negara untuk mengundi.
Anwar menafikan dirinya ada membuat tuduhan itu, sebaliknya mendakwa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak cuba mengelirukan Parlimen.
Bagaimanapun lima tahun kemudian, bekas musuh ketatnya Tun Dr Mahathir Mohamad hadir dengan amaran yang sama - tentang kemungkinan munculnya pengundi hantu daripada Bangladesh pada hari mengundi nanti.
"Jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dengan 100 atau 200 undi, Najib akan membuat penipuan dan sumbat (kotak undi) dengan undi haram.
"Mungkin orang Bangladesh juga akan mengundi," kata pengerusi HARAPAN itu pada ceramah di Felda Johol, Negeri Sembilan malam tadi.
Beliau membuat dakwaan itu ketika menggesa penyokong HARAPAN turun mengundi beramai-ramai pada hari mengundi ini iaitu 9 Mei.
Ia bagi memastikan HARAPAN menang dengan majoriti yang selesa, justeru penipuan seperti yang disebutnya itu tidak boleh dilakukan.
Sekitar PRU 2013, Anwar memang membuat dakwaan bahawa warga asing ada di kalangan sejumlah 40,000 individu meragukan yang menurutnya diterbangkan kerajaan ke semenanjung.
Namun beliau tidak dilaporkan menyatakan secara khusus kewarganegaraan mereka yang didakwa menjadi pengundi hantu itu.
Sementara itu, Mahathir turut mendakwa pemandu teksi hanya akan menerima bantuan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia untuk pembelian petrol atau gas asli (NGV) selepas pilihan raya.
"Dia (Najib) janji nak beri mereka RM800...tiba-tiba mereka diberi tahu tak akan dapat sehinggalah BN menang.
"Mereka tidak akan dapat, kalau BN menang pun Najib akan mungkir janji. Apatah lagi jika Najib kalah," kata bekas perdana menteri itu.
Najib mengumumkan bantuan itu dalam satu program bersama pemandu teksi pada 13 April lalu.
Ketika program itu, sejumlah 10,000 pemandu teksi berebut mengambil kad itu sehingga keadaan menjadi kecoh, menyebabkan 30 orang cedera.
Tiga hari kemudian, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di media sosial, mengatakan kekecohan tercetus selepas pemandu teksi diberitahu mereka hanya akan menerima kad itu selepas PRU ini.
SPAD berkata kad yang diperuntukkan kepada lebih 67,000 pemandu teksi itu boleh diambil di pejabatnya di seluruh negara.
Suruhanjaya itu juga berkata ia boleh digunakan serta-merta di stesen minyak Petronas.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena