Saturday 21 April 2018

[Video War Room, 'Umno Sudah Tidak Sah?'] Umno TERHARAM & BERINGATLAH! Setiap kali Umno/BN tabur janji menjelang pilihanraya, janji itulah akan dimungikiri kelak nanti.

Sabtu, 21 April 2018

Foto Pakatan Harapan Dun Sena.
Sejarah Tak Pernah Menipu. Setiap kali Umno/BN tabur janji menjelang pilihanraya, janji itulah akan dimungikiri kelak nanti.
#UmnoBNMenipuBerpisahTiada

UMNO TERHARAM ADALAH TANDA KEGAGALAN NAJIB YANG TIDAK HARUS DIMAAFKAN OLEH AHLI2 PARTI ITU


Apa pun hujah dan alasannya, kegagalan UMNO mengadakan pemilihan sehingga ia kini berdepan kemungkinan menjadi pertubuhan yang diharamkan, tidak lain adalah tanda gagalnya Najib Razak sebagai presiden parti itu.

Kegagalan ini tidak seharusnya dimaafkan oleh ahli-ahli UMNO kerana setelah beliau merosakkan imej parti dengan pelbagai perangai dan kelakuannya sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 2009, satu lagi kerosakan kepada nama baik dan imej parti telah diciptanya.

Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan kepimpinannya ialah pada 2013 dan berdasarkan perlembagaan parti itu sendiri yang mensyaratkan pemilihan mesti diadakan setiap tiga tahun sekali, pemilihan seterusnya perlu diadakan pada 2016.

Namun demikian, berdasarkan perlembagaan UMNO juga yang memberi peruntukan kepada parti itu menangguhkan pemilihannya sehingga 18 bulan, tempoh itu sepatutnya berakhir pada 19 April 2018 yang lalu.

Selepas tempoh penangguhan 18 bulan, tiada lagi peruntukan dalam perlembagaan UMNO yang membolehkannya menangguhkan pemilihan buat kali kedua atau melebihi tempoh 18 bulan yang ditetapkan itu.

Sesungguhkan peruntukan dalam perlembagaan UMNO adalah cukup jelas dan mudah difahami oleh sesiapa pun jua.

Oleh kerana UMNO gagal mengadakan setelah tempoh penangguhan 18 bulan itu berakhir, dari segi hukumnya, UMNO sudah terbatal atau terharam dengan sendirinya.

Dalam hal ini, ROS hanyalah badan kawal selia semata-mata dan yang benar-benar mengikat UMNO ialah perlembagaannya sendiri.

Bagaimana ROS boleh memberi penangguhan selama setahun lagi kepada UMNO untuk mengadakan pemilihannya sehingga 19 April 2019 adalah benar-benar diragui.

Dengan penangguhan yang dibenarkan oleh ROS sehingga 19 April 2019 itu bermakna UMNO sudah menangguhkan pemilihannya selama 30 bulan.

Adakah klausa yang mengatakan UMNO boleh menangguhkan pemilihannya sehingga 30 bulan?

Jika sesuka hati boleh ditangguhkan, apa guna UMNO ada perlembagaan yang mengatakan tempoh pemilihan hanya boleh ditangguhkan selama 18 bulan saja?

Najib sendiri sebenarnya sedar hakikat atau peruntukan dalam perlembagaan UMNO itu di mana ketika beliau mengumumkan penangguhan selama 18 bulan dahulu, beliau sendiri ada menyebut mengenainya.

Dengarkan kata-kata Najib itu di sini - https://youtu.be/Mk0mFJ9tZd0

Jadi, bagaimana Najib selaku Presiden UMNO boleh melanggar atau menodai perlembagaannya sendiri?

Memang sebelum ini UMNO pernah menangguhkan pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan, tetapi tidak pernah sesekali ia ditangguhkan melebihi tempoh 18 bulan itu.

Malah dengan UMNO bergantung kepada ROS berhubung penangguhan kali keduanya, ia sendirinya bermakna UMNO sudah tidak menghormati lagi perlembagaannya sendiri.

Kenapakah ini berlaku? Kenapa Najib takut mengadakan pemilihan sebelum tempoh 18 bulan itu berakhir?

Inilah satu lagi bukti kegagalan Najib yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana presiden UMNO sebelum ini.

Barangkali inilah juga petunjuk Tuhan kerana di sebalik UMNO sibuk memperlekeh kedudukan Bersatu dan ROS pula sama sibuk mahu mengharamkan parti yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad itu, parti itu sendiri yang terharam dengan sendirinya.

Perlukah pemimpin seperti ini terus diberi peluang menerajui negara?

Dalam pilihanraya 9 Mei ini pula, tidakkah boleh dianggap "haram" juga menyokong dan mengundi calon-calon daripada parti yang sudah haram? (ShahbudinHusin 21/04/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena