Sunday 20 September 2015

Sysss! Jamal jual 'baju merah' untung 12 juta? Akan sertai Himpunan H60K anjuran PAS pula! Berhati-hatilah...

Isnin, 21 September 2015
Sebarkan Agar Peserta Baju Merah Tahu Mereka Diperguakan Jamal..

Jamal Tongkol yang sebelum ini kurang dikenali tiba-tiba menjadi seorang pejuang yang berperang demi mempertahankan Najib. Mengapa Ek!

Dari sumber yang dipercayai perniagaan ikan bakar dan kereta mewah Jamal Tongkol ini mempunyai masalah kewangan. EEEMMM jadi perjuangan Jamal Tongkol ni sebenarnya untuk mendapat untung dari permasalah yang berlaku dalam negara sekarang ni la.

Post kali ini dari satu sumber yang mengatakan Jamal Tongkol membuat claim Baju Merah sebanyak 600,000 helai. Woi banyak tu. Kalau 1 helai RM20...jap kali.....uh RM12 Juta tu....Bijak betul Jamal Tongkol ni meneguk di air keruh....Najib memang la dah kena tipu dengan Jamal Tongkol ni...

Tapi apa yang menjadi persoalan siapa yang kena bayar bil 600,000 helai baju ni. Adakah duit rakyat pembayar cukai digunakan. Kalau duit Najib mana pulak Najib dapat duit tu....Kalau duit UMNO adakah ahli-ahli UMNO setuju wang parti digunakan untuk membayar tongkol ni.

Jangan la kita terus diperbodohkan oleh manusia bernama Jamal Yunos aka Tongkol ni. Dia hanya ingin mengaut keuntungan tapi anda dapat apa?
Suara Kami @LetakJawatan

Jamal Baju Merah Akan Sertai Himpunan Hijau PAS

Jamal cadang sertai Himpunan H60K anjuran PAS


Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos berkata, beliau bercadang untuk menyertai Himpunan 60 ribu (H60K) anjuran PAS di Kelantan bulan depan.

Beliau berkata, pihaknya akan bersama PAS sekiranya objektif perhimpunan itu ke arah untuk menyatupadukan orang Melayu seperti yang ada dalam Perlembagaan.

"Saya ada terbaca artikel yang mana PAS akan berhimpun. Kalau kami yakin dengan manifesto mereka iaitu untuk bawa penyatupaduan ke arah orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kami akan bersama menyokong mereka," katanya.

Ketika ditanya sama ada pihaknya akan bersama-sama berhimpun dalam himpunan hijau 17 Oktober depan, Jamal berkata:

"Kita akan turun sekali bersama mereka asalkan tak lari daripada Perlembagaan. Tak ada masalah," katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam di Sekinchan malam tadi.

Ditanya sama ada pihaknya ada mengadakan perjumpaan dengan PAS berhubung perkara itu, Jamal hanya berkata: "Saya boleh katakan ada".

BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena