Saturday, 26 September 2015

[Video] Najib, Kerajaan sokong himpunan baju merah, kata Dr Mahathir

Isnin, 27 September 2015


Najib, kerajaan sokong himpunan baju merah, kata Dr Mahathir 

Dr Mahathir berkata beliau merasakan, selepas menonton ucapan yang dibuat Najib mengenai perhimpunan tersebut, ia kelihatan seolah-olah presiden Umno itu menggesa peserta perhimpunan menunjukkan yang "orang Melayu boleh buat apa saja yang orang lain boleh buat".
"Saya tidak lihat orang lain menjerit seperti kumpulan baju merah itu menjerit, mereka bersifat perkauman.
"Saya berada di perhimpunan baju kuning, mereka tidak melaungkan tentang satu-satu kaum, mereka berkata perdana menteri mesti berundur, itu sahaja, tetapi perdana menteri berkata, 'kita boleh bersifat perkauman sepertimana mereka'," kata Dr Mahathir berkata, merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos yang dihadirinya.
Beliau juga berkata, jelas sekali perhimpunan baju merah di ibu negara pada 16 September itu mendapat sokongan kerajaan, kerana penunjuk perasaan pergi ke sana menaiki dalam bas Felda dan diberi wang dan makanan.
"Nampaknya kerajaan berada di sebalik perhimpunan itu, ramai daripada mereka orang Umno dan Felda.
"Jadi, hanya orang dalam kerajaan saja yang boleh berbuat begitu," katanya kepada media selepas berucap pada forum keamanan di Holiday Inn Melaka, anjuran Majlis Peguam negeri itu.
Terdahulu, ketika menjawab soalan daripada peserta forum mengenai kaum dan ketegangan agama di negara ini, bekas perdana menteri itu berkata, walaupun rakyat berbilang kaum di Malaysia hidup bersama dalam harmoni, kerajaan yang memerintah menggalakkan sentimen perkauman.
"Sedikit sebanyak, kita menerima perbezaan antara satu kaum dengan kaum yang lain tetapi apa yang saya lihat berlaku hari ini adalah, kerajaan sebenarnya menggalakkan sentimen perkauman, ini sangat sangat tidak baik," katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, negara ini boleh dikatakan aman sejak enam dekad yang lalu, kecuali ketika rusuhan kaum pada 1969
"Memanglah kita tidak berpeluk cium dengan satu sama lain, tetapi di sesetengah negara, untuk berjalan di jalanan pun tidak selamat.
"Tidak ada pertengkaran antara kaum, kita merasa aman dan kita membangun lebih cepat daripada banyak negara lain," katanya.
Beliau juga mengingatkan hadirin yang, generasi terdahulu sedar rakyat negara ini banyak perbezaannya, tetapi mereka mahu berkongsi kekayaan dan kuasa dengan cara yang adil.
"Pada mulanya, orang Melayu sebagai orang asal mahukan semuanya untuk dirinya sendiri. Mereka kata ini negara mereka, orang lain semua datang dari negara lain.
"Tetapi orang lain pun ada tuntutan mereka.
"Dan kalau kita ikutkan tuntutan semua orang, kita akan bergaduh sesama kita dan memusnahkan semuanya dan akhirnya tidak mendapat apa-apa.
"Kita perlu beri sesuatu untuk dapat sesuatu," katanya.
Katanya, hakikat yang kaum yang berbeza hari ini masih tidak berpuas hati, bermakna perkara yang betul sudah dilakukan.
"Kalau kita dapati ada satu kaum yang terlalu gembira, itu tandanya kaum ini menjadi kesayangan," katanya disambut ketawa para hadirin.
Negarawan bersara juga mengakui kegagalannya dalam membuatkan semua orang menerima satu bahasa yang boleh menyatukan semua rakyat bersama.
Beliau bagaimanapun berkata, walaupun gam yang melekat rakyat Malaysia tidak sebegitu kuat, perpaduan dalam negara ini jauh lebih baik daripada banyak negara lain yang hanya mempunyai satu etnik saja. – 26 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-kerajaan-sokong-himpunan-baju-merah-kata-dr-mahathir#sthash.TQyZvLoP.dpuf

1 comments:

PAK JUNAIDI said...


SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena