Saturday 19 September 2015

[Video] PEMBOHONGAN SEJARAH yang dilalukan oleh UMNO? 'CNN Interview Baju Merah'

Ahad, 20 September 2015

CNN Interview Baju Merah


Felda Besout PENIPUAN SEJARAH YANG DI LAKUKAN OLEH UMNO

Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. 


Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. 

Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua.

Penipuan - penipuan ini melalui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

PENIPUAN PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September.
BOHONG. 
Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

PENIPUAN KE DUA:
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation.
BOHONG.
Parti yang awal memperjuangan dan melaungkan slogan MERDEKA ialah 
Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. 
United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

PENIPUAN KE TIGA:
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah.
BOHONG.
Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar(AWAS)
Hisbul Musliman( Pondok Semanggol, PETA, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata– pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

PENIPUAN KE EMPAT:
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita.
BOHONG.
Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

PENIPUAN KE LIMA:
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernamaStar Spangled–Banner,StarsandStripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika.
Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.

PENIPUAN KE ENAM:
Wujud perpaduan Melayu.
BOHONG.
Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation (umno)menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini talibarut penjajah. Sebarkan


* Pandangan Peribadi Penulis.

1 comments:

Unknown said...

Bijak nyer ko ni..............tapi sayang ko sendiri pun x tau apa yg ko tulis....

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena