Friday 18 September 2015

Guna bas untuk #Himpunan169, Universiti Taylor's batal kontrak Wawasan Sutra. Himpunan menjatuhkan maruah melayu?

Jumaat, 18 September 2015
tayy
Guna bas untuk #Himpunan169, Universiti Taylor's batal kontrak Wawasan Sutra
KUALA LUMPUR: Universiti Taylor's Malaysia menamatkan kontrak pengusaha bas Wawasan Sutera Travel and Tours kerana dilapor menggunakan bas yang memaparkan logo universiti berkenaan untuk membawa penyokong ke Himpunan Rakyat  Bersatu pada 16 September 2015.

Perkara itu mendapat perhatian pihak universiti selepas foto penyokong perhimpunan turun dari bas berkenaan mula viral di media sosial, sehingga segelintir pelajar mendesak pihak universiti untuk memberi penjelasan atas insiden itu.

Menerusi satu kenyataan dalam Facebook semalam, pihak Taylor's mengumumkan bahawa kontrak mereka bersama Wawasan Sutera telah ditamatkan.
ty
Gambar dari Facebook Taylor's University
"Kami ingin menegaskan bahawa pengurusan universiti tidak menawarkan perkhidmatan bas untuk tujuan perhimpunan itu serta bas berkenaan tidak digunakan untuk membawa pelajar-pelajar kami ke perhimpunan tersebut.
"Kami kesal dengan penglibatan Universiti Taylor's  secara tidak sengaja dalam acara ini.”
Kohilah SekaranAstro Awani 


7 hrs 
 

Himpunan menjatuhkan maruah orang melayu.
Apa sebenarnya mereka ingin perjuangkan??
Sangat menyedihkan!!! Sangat memalukan!!

9 hrs 
 

well...see...!!
11 hrs 
 

Patut Ketua Polis Negara kena ambil tindakan kepada ungkapan racis yang menghina bangsa lain dlm malaysia...

Kasi tangkap ini spesis juga..

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena