Tuesday 22 September 2015

Datuk Bandar tak benar demo Jln Petaling Sabtu ini...Ada lagi ke?

Selasa, 22 September 2015

Datuk Bandar tak benar demo Jln Petaling Sabtu ini

"Saya tidak akan benarkan", tegas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz, sekiranya ada pihak ingin mengadakan perhimpunan di kawasan Petaling Street mahupun mana-mana kawasan yang dilihat boleh menganggu-gugat ketenteraman awam.
Mhd Amin berkata sekiranya pihak terbabit ingin berhimpun, ia perlu dilakukan di lokasi strategik seperti di Padang Merbok atau Stadium Merdeka.
"Kawasan di Petaling Street memang tidak boleh, dan saya tidak akan benarkan mana-mana pihak nak berhimpun di kawasan itu...ia menyalahi undang-undang. Kalau nak berhimpun buat di tempat yang sesuai, dan kena memohon kebenaran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan di Petaling Street di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, antara lain, sebagai membantah kehadiran warga asing yang menjalankan peniagaan termasuk menjual barangan larangan dan tiruan di lokasi berkenaan.
Mhd Amin berkata beliau tidak mengetahui tentang cadangan mengadakan perhimpunan itu, malah pihaknya juga belum menerima sebarang notis daripada penganjur untuk memperoleh kebenaran berhimpun di dalam kawasan bandar.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa ketika dihubungi turut memaklumkan bahawa pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk penganjuran perhimpunan berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang merancang mengadakan sebarang perhimpunan perlu mengikut saluran yang betul dan menurut peraturan sedia ada.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos yang bertindak sebagai orang tengah kepada kumpulan perhimpunan itu, berkata mereka mengharapkan respons positif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengambil tindakan ke atas peniaga warga asing di Petaling Street.
Jamal mengadakan pertemuan bersama KPDNKK bagi menyampaikan tuntutan kumpulan demonstrasi berkenaan Jumaat lepas.
Ditanya sama ada mereka akan menghantar notis pemberitahuan kepada polis mengenai perhimpunan berkenaan, beliau percaya pihak kumpulan perhimpunan itu tidak akan berbuat demikian.
"Mereka tahu polis tidak akan benarkan, jadi mereka akan teruskan juga sekiranya mendapat respons yang negatif. Saya hanya bertindak sebagai orang tengah, dan seboleh mungkin berharap ia dapat diselesaikan dengan baik," katanya.
Sehingga kini, belum ada pihak tampil mengaku sebagai penganjur perhimpunan itu Sabtu ini.
- Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena