Sunday 20 September 2015

Berhati-hati untuk meninggalkan Pas..."dulu suruh keluar, bila keluar digelarnya jebonlah, pengkhianatlah", puak2 ni memang dah terdesak!

Isnin, 21 September 2015

BERHATI-HATI UNTUK MENINGGALKAN PAS

Kepada mana-mana ahli PAS yang telah meninggalkan PAS dan yang mahu meninggalkan PAS kerana hendak bersekongkol dengan G18 untuk berjuang menggunakan parti politik baru terlebih dahulu kena hayati maksud Firman-Firman Allah SWT, Hadis-Hadis Rasulullah s.a.w., dan baiah atau akujanji yang masing-masing telah tantadangani semasa memohon menjadi ahli PAS dulu. 

1. Firman Allah SWT,: 
Yang maksudnya: 
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." [An-Nisaa' : 59.] 

2. Raulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: 
"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat itu) sudah melaksanakan tanggungjawabnya." (Hadis riwayat Ahmad). 


3. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:"Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia.". Aku (Huzaifah) bertanya: Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana itu ya Rasulullah. Jawab baginda: "Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat." (Riwayat Muslim, al-Baihaqi dan lain-lain). 


4. Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; "Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliah”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim 


5 Firman Allah SWT 
Yang maksudnya: 
"(iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kerana kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sessiapa yang dikehendakinya)" [An-Nisaa' : 139]. 
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal.227]. 

6. Firman Allah SWT.: 
Yang maksudnya: 
“Ada pun orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Jika kalian (Muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar." [Al-Anfaal: 73]. 

7. Semasa mengisi Borang memohon menjadi ahli PAS satu akujanji iaitu baiah dengan PAS telah ditandatangani sebagai bersetuju. 
"Saya mengaku akan kebenaran PAS seperti yang terkandung dalam fasal 3 perlembagaannya dan akan berusaha untuk melaksanakan segala tuntutannya. Saya menerima PERLEMBAGAAN PAS sebagai panduan dan mengaku bahawa saya akan taat dan patuh kepada kepimpinan parti serta akan patuh dalam melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa." 

8. Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Ada tiga sifat, siapa yang memiliki maka dia adalah munafik walaupun ia berpuasa, sholat, naik haji, mengerjakan umrah dan mengaku muslim. Ia itu orang yang berdusta bila berkata, mungkir bila berjanji dan mengkhianati bila diberi amanah”. [Hadis Riwayat Abu Ya’la.]. 


Pas itu parti politik je tak lebih dr itu, jangan keluar dr islam, puak2 ni memang dah terdesak bila ahli berduyun2 masuk PAN, dulu suruh keluar, gelar jebon dsb bila orang keluar guna ayat al quran pula untuk hentam orang2 yg keluar itu je la yang puak ni tahu guna ayat al quran untuk menghalalkan dan mengharamkan orang. Hentikan menyalahgunakan al quran, kau orang ingat kau orang tu maksum tak berdosa. Hentikan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena