Tuesday 29 September 2015

Mufti Pahang bertegas mahu Muslim DAP mohon maaf...'Aikk, sapa yang kata..sapa pulak kena minta maaf neh'?

Selasa, 29 September 2015

Mufti Pahang bertegas mahu Muslim DAP mohon maaf

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman enggan mohon maaf berhubung khutbah anti-DAP pada Hari Raya Aidiladha minggu lalu.
Sebaliknya, Abdul Rahman berkata bahawa DAP yang perlu memohon maaf kerana didakwanya "campur tangan dalam hal ehwal Islam", laporUtusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas tuntutan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri supaya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf dan menarik balik khutbah tersebut kerana didakwa menghina parti itu atau berdepan tindakan undang-undang.
"Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.
"Sepatutnya mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam sepeti pelaksanaan hudud d Kelantan," katanya seperti yang dilaporkan akhbar itu hari ini.
Dalam laporan itu juga, Abdul Rahman sedih dengan beberapa orang Islam dalam DAP yang lebih mempertahankan dasar pati itu dan tidak menghormati institusi Islam.
"Saya rasa terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena mempertahankan Islam ini, namun merea, pula ingin menyaman kami dan meminta kami memohon maaf," katanya dipetik.
Dewan Ulama PAS Perak mempertahankan khutbah itu dan menyokong langkah JAIP yang enggan memohon maaf susulan ugutan saman oleh DAP dan NGO PERKASA pula mendesak parti itu memohon maaf.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena