Sunday 20 September 2015

FBI mulai siasatan kes 1MDB...'Dakwaan Money Laundering (penggubahan wang) haram'

Ahad, 20 September 2015

FBI mulai siasatan kes 1MDB

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dilapor telah memulakan satu siasatan berhubng dakwaan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan hutang yang ditanggung 1MDB.
Menurut harian kewangan The Wall Street Journal (WSJ) pagi ini, satu sumber melaporkan perkembangan tersebut, di tengah-tengah penahanan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Khairuddin dilarang keluar Malaysia minggu ini, menggagalkan rancangannya untuk pergi ke Amerika Syarikat untuk bertemu FBI mengenai aduan terhadap 1MDB, dan beliau kini ditahan reman.
WSJ melaporkan bahawa skop siastan terkini FBI belum diketahui lagi dan biro tersebut tak mendedahkan sebarang makluman berhubung rancangan lawatan Khairuddin itu.
"Seorang jurucakap kepada pejabat FBI di New York berkata tiada agen dalam pejabat itu yang mennguruskan untuk bercakap dengan Khairuddin atau ada menghubungi beliau sebelum ini," tulis WSJ.
Posted by Kerajaan Rakyat 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena