Friday 18 September 2015

Umie Aida harap suaminya Khairuddin yang ditahan polis selamat.

Jumaat, 18 September 2015
2 hrs 
 

Tukang songlap selagi dia berkuasa. ...tiada siapa pun berani sentuh lanun tu .....

Sejurus selepas polis menahan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, isterinya Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali memuat naik gambar dan entri mengenai penangkapan tersebut di Instagram.
Aktres Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali dalam Iaman Instagramnya, mengharapkan suaminya yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dapat dibebaskan esok. – Gambar The Malaysian Insider, 18 September, 2015.
Aktres Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali dalam Iaman Instagramnya, mengharapkan suaminya yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dapat dibebaskan esok. – Gambar The Malaysian Insider, 18 September, 2015. 

Umie Aida harap suaminya Khairuddin yang ditahan polis selamat.
Aktres yang lebih dikenali sebagai Umie Aida  itu menulis di Iaman Instagram, suaminya yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan ditahan polis di bawah Seksyen 124C, Akta Hasutan 1948.
Dalam gambar yang dimuat naik itu kelihatan Khairuddin yang berbaju biru sempat menunjukkan isyarat "peace".
"Suami saya ditahan di atas Akta 124C. Semoga esok dapat diselesaikan dengan baik.
"InsyaAllah... me (saya) doakan Allah melindungi mu...  Aamin," kata Umie melalui Instagramnya.
Terdahulu peguam Khairuddin, Matthias Chang mengesahkan kepada The Malaysian Insider mengenai penangkapan tersebut.
Pihak polis menahan Khairuddin di rumahnya malam tadi selepas menyekatnya ke luar negara.
Tangkapan tersebut dipercayai berhubung laporan antarabangsa yang dibuatnya terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Awal hari ini The Malaysian Insider melaporkan Khairuddin disekat ke New York dan London, serta diarahkan ke Bukit Aman untuk diambil keterangan Isnin depan.
Khairuddin merupakan antara pemimpin yang lantang menkritik skandal 1MDB dan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam syarikat bermasalah tersebut. – 18 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umie-aida-harap-suaminya-khairuddin-yang-ditahan-polis-selamat#sthash.AsP3cKm6.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena