Saturday 19 September 2015

Tanpa PAS...Mudahkan lagi kerja AMANAH, DAP & PKR - Salahuddin Ayub

Ahad, 20 September 2015

Pendirian PAS Tolak Pakatan 2.0 Mudahkan Kerja AMANAH, DAP & PKR - Salahuddin Ayub

Parti Amanah Negara di dalam satu kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa keputusan PAS untuk tidak bersama dalam Pakatan 2.0 dan hanya akan bekerjasama dengan PKR akan memudahkan untuk Parti Amanah, PKR, DAP bersama NGO lain untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0 

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Hj. Ayub, Parti Amanah Negara (AMANAH) telah berkali-kali mempelawa PAS untuk bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, namun PAS pada hari ini telah membuat keputusannya untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.

Beliau berpendapat keputusan PAS itu akan memudahkan Parti AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.

"Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat PAS itu," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia.

Portal The Malaysian Insider pada hari ini melaporkan bahawa seorang pemimpin kanan PAS bahawa PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)


Bagaimanapun katanya, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR, susulan keputusan yang dicapai pada satu pertemuan antara pemimpin 2 parti itu minggu lalu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan parti pengkhianat, yang dipercayai ditujukan kepada Amanah yang kini dalam proses pembentukan daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

PAS menganggap bekas pemimpinnya yang menyertai dan menubuhkan sebagai pengkhianat kerana mendakwa mereka yang telribat itu telah khianat kepada baiah dan sumpah.

Namun, yang nyata baiah dan sumpah itu dilakukan sewaktu PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat, dan apabila Pakatan Rakyat telah dibunuh oleh PAS dengan memutuskan kerjasama dengan DAP, maka baiah dan sumpah itu sudah terbatal dengan sendirinya.,

Ini kerana mereka yang memenangkan calon PAS bukan terdiri dari ahli-ahli PAS sahaja, malah dari pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat. 


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini berkata, PKR, DAP dan Amanah akan meneruskan pembentukan Pakatan 2.0 tanpa PAS. Kecuali Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang begitu beriya-iya mahukan PAS berada di dalam Pakatan 2.0. Walau bagaimanapun, portal FreeMalaysiaToday melaporkan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang menyatakan PKR dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara. 

Posted By 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena