Tuesday 29 September 2015

'Pengubahan Wang Haram' Najib selamat di luar negara kerana kedudukannya tinggi, kata Dr Mahathir

Rabu, 30 September 2015
Najib selamat di luar negara kerana kedudukannya tinggi, kata Dr Mahathir 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dakwa Datuk Seri Najib Razak akan dikecualikan undang-undang kerana kedudukannya yang tinggi sebagai perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dakwa Datuk Seri Najib Razak akan dikecualikan undang-undang kerana kedudukannya yang tinggi sebagai perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015. 

Mendakwa kedudukan Najib akan mengecualikan beliau daripada undang-undang, Dr Mahathir berkata, beliau tidak percaya masyarakat antarabangsa akan bertindak terhadap perdana menteri yang ketika ini mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat.
"Saya tidak fikir komuniti antarabangsa akan buat apa-apa. Kerana, anda pun tahu, mereka menentang pengubahan wang haram. Jika kita dapati ada wang yang dipertikaikan, kita bekukan akaunnya, tetapi mereka tidak buat apa-apa.
"Jadi, semua cakap-cakap tentang pengubahan wang haram ini hanya terhad kepada orang kecil saja. Kalau saya yang terlibat pengubahan wang haram, saya mungkin ditangkap. Tetapi kalau anda memegang jawatan tinggi, anda dikecualikan," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk “Inculcating Character Building in Virtual Education” pada satu forum di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pagi ini. – 30 September, 2015.
- http://www.themalaysianinsider.com

1 comments:

Master Jaguh said...

obama pun takut ngan rosmah !!

Kah Kah Kah !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena