Sunday 20 September 2015

Zam: Najib dimaafkan jika satukan Umno-PAS & Jika Pas enggan..."Kita yang akan meminta untuk menyertai PAS," kata Mahathir. Erk!

Isnin, 21 September 2015

Zam: Najib dimaafkan jika satukan Umno-PAS

Peribahasa Melayu menyebut, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Tetapi bagi bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin, tidak wajar membakar kelambu kerana seekor nyamuk.
“Nyamuk ini tidak perlu dibunuh walaupun ia dianggap lebih berbahaya dari nyamuk denggi kerana dia masih boleh diharapkan untuk menjalankan tugas yang lebih besar,” katanya ketika mengulas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menulis dalam blognya, Zam berkata, jika Najib berjaya menyatukan Umno dan PAS, beliau yakin orang Melayu akan memaafkan pemimpin yang diasak pelbagai dakwaan skandal itu.
“Sekiranya Najib berjaya menyatukan Umno dan PAS maka saya yakin orang Melayu akan memaafkan kesilapan-kesilapan besarnya,” tulis Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam
“Tetapi beliau wajarlah meninggalkan kerajaan setelah selesaikan tugas suci dan besar ini dan menyerahkan kepada timbalannnya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin yang mempunyai pengalaman dan asas pendidikan agama yang kuat untuk memudahkan jalinan kerjasama yang mantap dengan PAS.”
Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu yakin orang Melayu pasti akan mengenang jasanya membina “perpaduan Melayu yang bersejarah”, yang tidak tercapai oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Zainuddin, tokoh yang dilihat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad – pengkritik utama Najib – itu berkata, Mahathir sendiri pernah terfikir idea perpaduan Melayu ketika mentadbir negara ini.
“Saya dan beberapa orang lagi rakan wartawan telah bertanya kepada Dr Mahathir tentang apakah yang akan terjadi jika kerjasama PBS dengan Semangat 46 di saat terakhir menjelang pilihan raya 1990 berjaya mengalahkan kerajaan BN, Mahathir berkata kita akan bekerjasama dengan PAS.
Ditanya jika PAS enggan, Zainuddun menjelaskan, Umno sendiri yang akan meminta menyertai parti Islam itu.
"Kita yang akan meminta untuk menyertai PAS," kata Mahathir, seperti dimaklumkan Zainuddin.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena