Saturday, 19 September 2015

Foto Kemesraan Najib Dan Haron Din

Sabtu, 19 September 2015
KULIAH MAGHRIB

Foto Kemesraan Najib Dan Haron Din

PM santuni Mursyidul Am PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din hari ini menerima kunjungan tetamu amat istimewa di wad tempat beliau dirawat sekarang - di Institut Jantung Negara (IJN).

Pelawat itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Gambar pertemuan mesra kedua-dua tokoh itu dimuat naik Ketua Penerangan Umno yang juga Timbalan Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, di Twitter beliau.


Haron menjalani proses angiogram di IJN pada 10 September lalu.

Berdasarkan kenyataan di Facebook beliau, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu sedang beransur pulih.

Najib juga sempat memuat naik gambar beliau bersalaman bersama Haron dalam akaun Twitternya.

Sejak beberapa tahun lalu Haron dilaporkan keluar masuk IJN beberapa kali.

Najib dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menziarahi Haron ketika tokoh terbabit ditempatkan di unit rawatan rapi IJN tahun lalu.

Sebelum ini Haron pernahmenyatakan keraguannya terhadap dakwaan Najib memasukkan dana ke akaun persendiriannya seperti dilaporkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan segera menjelaskan kenyataan Haron itu tidak bertujuan mempertahankan Najib, sebaliknya tetap mahu siasatan dibuat terhadap laporan WSJ itu.

Tindakan Najib meluangkan masa melawat pemimpin PAS bukan sesuatu yang baru.

Pada Jun tahun lalu Najib turutmuncul menziarahi Datuk Seri Abdul Hadi Awang di IJN dan meluangkan masa hampir sejam bersama-sama.

"Menziarahi Tuan Hj Hadi di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

- mkini
BLM.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena