Monday 21 September 2015

'AMANAH tetap dalam Pakatan 2.0 walau PAS turut serta'

Isnin, 21 September 2015


'AMANAH tetap dalam Pakatan 2.0 walau PAS turut serta'

Parti Amanah Negara (AMANAH) akan tetap berada dalam Pakatan 2.0 sekalipun ia akan turut disertai PAS, kata Pengerusinya Mohamad Sabu.
Beliau lebih juga dikenali Mat Sabu bagaimanapun enggan mengulas lanjut sejauh mana parti yang baru ditubuhkan itu sedia bekerjasama dengan PAS.
Ditemui pemberita di luar pekarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, Mohamad berkata AMANAH, yang baru ditubuhkan, juga akan mengambil pendirian bersama dengan rakan komponen dalam itu.
"Kami akan ambil pendirian bersama dengan parti-parti yang hadir. Saya tidak sebut ada masalah (untuk bekerjasama dengan PAS) atau tidak ada masalah, kami akan ambil pendirian bersama," katanya.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan pihak yang melakukan khianat dan menyifatkan perbuatan mengkhianati perjuangan PAS itu "lebih teruk" daripada parti musuh.
PAS juga telah mengadakan pertemuan dengan PKR berhubung kerjasama politik dalam pakatan pembangkang dan memutuskan masih bertahaluf dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan AMANAH.
Bagaimanapun, semalam Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berharap selepas PAS menolak untuk menghadiri perbincangan meja bulat bagi membentuk gabungan politik pembangkang yang baru esok.
Mengulas berhubung perbincangan itu, bekas timbalan presiden PAS itu berkata AMANAH akan menghadiri rundingan meja bulat itu.
"Kami akan hadir dalam pertemuan sidang meja bulat dan soal pendirian PAS itu terserahlah kepada mereka," katanya.
Mengulas kenyataan Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang bahawa pakatan pembangkang tidak akan boleh menang tanpa PAS, Mohamad berkata:
"Saya tidak mahu komen apa-apa sebab pilihan raya masih jauh. Parti kami pun baru dua minggu lebih dan sambutan yang diberikan kepada Parti Amanah Negara begitu memberangsangkan."
Sementara itu, Mohamad bersama dua peguam hadir ke IPD itu kira-kira jam 11.15 pagi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan perhimpunan BERSIH 4 hujung Ogos lalu.
Beliau keluar sejam kemudian dan disiasat dibawah seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman.
"Saya ditanya soal-soal berhubung perhimpunan.
"Tidak menyebut apa-apa kesalahan, cuma dia buat soal siasat dan kita beri keterangan dengan baik, dan tunggulah sama ada ada pendakwaan atau tidak," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena