Sunday 20 September 2015

Manifestasi kebangkitan Melayu baju merah - Najib kena 'balun'...'Orang marah pemimpin korup. Pemimpin yang zalim'.

Ahad, 20 September 2015

Pengguna Internet Kutuk Kenyataan ‘Tampar’ Najib



Kenyataan Datuk Seri Najib Razak berhubung kewajaran perhimpunan ‘ baju merah’ baru-baru ini menerima kritikan pengguna Internet.

Datuk Seri Najib Razak menerima ribuan komen negatif daripada pengguna Internet berhubung kenyataannya tentang "tampar" ketika mewajarkan "perhimpunan baju merah" pada 16 September sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah mereka dan kepimpinan negara.

Petikan kenyataan beliau yang diterbitkan di laman Facebook Astro Awani semalam menerima banyak komen yang tidak bersetuju dengannya sambil mereka menyatakan orang yang selayaknya ditampar ialah pemimpin yang tidak jujur dan tidak ikhlas.

Ia memaparkan gambar perdana menteri yang bersongkok dan memakai baju Melayu hitam serta petikan kata-katanya: "Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa...tiga kali tampar...tak buat apa...tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga." 

Dalam satu komen yang menerima lebih 4,300 kali "Like", Nazirul Aiman Md Hassan berkata: "4kali tmpar tu bukan utk melayu.tp utk pemimpin melayu yg xsedar diri n asyik menipu melayu".

Alahai Debab pula menulis: "Sbnrnyr rakyat dh lama nk tampar ko najib....". Komen itu menerima lebih 2,800 "Like".

Najib membuat kenyataan itu 2 malam lalu pada perhimpunan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Silat 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang Melayu selama ini bersabar walaupun beberapa perhimpunan haram diadakan yang dilihat mencabar maruah orang Melayu.

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Kassim Selamat bertanya siapa yang sepatutnya ditampar dan menggesa pemimpin menyatupadukan rakyat, bukannya memecahbelahkan mereka.

"Siapa yg tampar siapa?... Jgn jadi Penghasut. Fikirlah bagaimana utk menyatukan rakyat pelbagai suku kaum bukan utk memecahbelahkan rakyat sendiri. Kita membangun negara ini bersama2," tulisnya.

Pengguna bernama Tro've Man sementara itu berkata, tiada siapa yang merasa marah atau mahu menampar orang Melayu.

"Yg org marah pemimpin korup. Pemimpin yg zalim. Itu yg melayu nak tampar," katanya.

Membidas Najib, Khairul Fahmi berkata, semua pihak perlu menahan diri daripada membangkitkan sentimen perkauman dan perdana menteri seharusnya menggalakkan perpaduan.

"Cukup2lah sebut psl sentimen perkauman untuk kepentingan sendiri.. Makin x aman Malaysia nie.. Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang beragama Islam, sepatutnya anda galakkan perpaduan semua bangsa dalam Malaysia nie.. Agama Islam pun menyuruh perpaduan xkira bangsa.. Dekat Kaabah tu semua bangsa ada mengadap Allah.. Bukan untuk kepentingan anda sorang, tapi untuk semua supaya aman damai.. Dalam agama Islam pun menyuruh perpaduan, bersatu padu tanpa mengira kaum..."

Juga dikenali sebagai "Himpunan Rakyat Bersatu", penganjur perhimpunan baju merah mengadakannya sebagai tindakbalas kepada perhimpunan Bersih 4 yang menurutnya menghina integriti bangsa Melayu.

Perhimpunan itu menyaksikan ucapan yang membakar semangat, sepanduk dan plakad dengan kata-kata yang berbaur sentimen perkauman serta ketegangan antara peserta yang tidak senang dengan soalan yang ditanya beberapa wartawan.

Pihak polis rusuhan turut melancarkan semburan kimia yang dicampur air ke atas peserta perhimpunan yang bertindak ganas cuba melanggar sekatan polis untuk masuk ke kawasan Jalan Petaling yang tidak dibenarkan. – 20 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengguna-internet-kutuk-kenyataan-tampar-najib#sthash.0ZUGOPud.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena