Sunday 27 September 2015

Kedutaan China pertahan 'lawatan muhibah' duta ke Jln Petaling...

Ahad, 27 September 2015

Kedutaan China pertahan 'lawatan muhibah' duta ke Jln Petaling

Kedutaan China di Malaysia mempertahankan lawatan dutanya Dr Huang Hui Kang ke Jalan Petaling, menyatakan bahawa ia semata-mata "lawatan muhibah" sempena perayaan pertengahan musim luruh.
Lawatan pada Jumaat itu mengejutkan kerana ia dilakukan diambang perhimpunan baju merah yang dianggap berbaur perkauman.
Dalam satu kenyataan Kedutaan China semalam bahawa Dr Huang meraikan perayaan yang penting bagi tradisional orang Cina dengan masyarakat tempatan, lapor Sin Chew Daily.
Huang telah mengadakan lawatan sama semasa Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali, kata kedutaan lagi.
Tambahan pula, kedutaan itu berkata, ramai pelancong dari China merancang untuk melancong ke luar negara semasa cuti panjang tetapi berita tentang Jalan Petaling mengundang kebimbangan mengenai keselamatan di Malaysia.
"Duta itu berharap untuk menunjukkan Jalan Petaling masih selamat dan tempat yang menarik di Malaysia," kata kedutaan itu.
Pada Jumaat lalu, Huang mengedarkan kuih bulan kepada peniaga di kawasan itu sempena perayaan pertengahan musim luruh yang jatuh pada hari ini.
Bagaimanapun, kenyataan beliau bahawa kerajaan China menentang diskriminasi kaum dan ekstremisme, yang merujuk secara halus kepada protes berbaur perkauman di Jalan Petaling yang diketuai tokoh yang dikaitkan dengan kerajaan, telah mengejutkan Putrajaya.
Wisma Putra dilaporkan memanggil Dr Huang atas kenyataan beliau dan beliau dijangka memberi penerangan kepada pegawai-pegawai Malaysia esok.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena