Singkir Najib kerana guna isu perkauman, kata pembangkang
Nurul Izzah Anwar bersama pemimpin DAP diketuai Lim Kit Siang (lima dari kanan) di Jalan Petaling pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2015.
Insiden perhimpunan baju merah baru-baru ini dan ugutan oleh kumpulan pro-Umno mengadakan protes di Jalan Petaling hari ini, membuktikan Najib harus berundur, kata pemimpin parti pembangkang itu termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
"Himpunan Maruah Melayu atau himpunan baju merah 16 September merupakan salah satu produk krisis dan kemelut politik yang menyelubungi negara selama berbulan lama akibat dengan sengaja memainkan unsur perkauman bagi menunjukkan sokongan kepada Najib sebagai perdana menteri," kata Lim kepada media di sebuah kedai kopi di Jalan Petaling, Kuala Lumpur hari ini.
Kedua-dua mereka bersama beberapa pemimpin pembangkang pagi ini melawat kawasan membeli-belah popular di ibu kota itu, yang juga dikenali sebagai Chinatown, sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada peniaga yang kebanyakannya kaum Cina.
Protes yang dirancang hari ini dibatalkan malam tadi dan sehingga pukul 10.45 pagi ini, ramai peniaga di kawasan itu sudah memulakan perniagaan mereka.
Terdapat juga pembeli yang berduyun-duyun, termasuk warga asing, yang makan di kedai kopi di situ.
Pemimpin pembangkang termasuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (DAP), Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Kwee Kwong (PKR) dan beberapa ahli Parti Amanah Negara, kemudiannya mengadakan tinjauan mesra bersama peniaga dan orang ramai di kawasan itu.
"Perkauman yang kita lihat dalam beberapa minggu kebelakangan ini adalah jenis perkauman semasa zaman batu," kata Nurul Izzah sambil menggesa wakil rakyat Umno menyahut seruan membawa perubahan dengan menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.
"Ahli Parlimen Umno perlu mempertahankan maruah orang Melayu dengan bersatu menentang rasuah, perkauman dan sebagainya," katanya.
"Kita tidak boleh membuang masa kita. Kita perlukan komitmen untuk membuat perubahan."
Lim berkata, usul tidak percaya boleh dibentangkan selepas Parlimen bersidang bulan depan tetapi masalahnya ialah memperoleh sokongan ahli Parlimen Umno.
"Parlimen Malaysia mempunyai 222 anggota dan majoriti mudahnya ialah seramai 112. Bolehkah kita dapat 112 ahli Parlimen dari kedua-dua belah Dewan yang bersedia mengundi menyokong usul tidak percaya terhadap Najib?" soalnya.
Pada Hari Malaysia 16 September lalu, kawasan sekitar Jalan Petaling menjadi huru-hara apabila polis terpaksa menggunakan meriam air menyuraikan penunjuk perasaan "baju merah" yang cuba merempuh masuk kawasan yang tidak dibenarkan ketika itu.
Salah seorang pemimpin penunjuk perasaan itu, Datuk Jamal Md Yunos, sebelum ini memberi amaran kumpulan itu akan turun sekali lagi di Chinatown hari ini, menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas peniaga yang menjual barangan tiruan dan didakwa berniaga secara haram di situ.
Beliau ditangkap malam tadi berhubung kenyataannya itu. – September 26, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/singkir-najib-kerana-guna-isu-perkauman-kata-pembangkang#sthash.F7zmQjWn.dpuf
1 comments:
SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA
Post a Comment