Monday 28 September 2015

PKR bakal hilang 'Kelayakan Terajui Pakatan HARAPAN'..."kerana masih harapkan Pas?"

Selasa, 29 September 2015

Terus Harapkan PAS, PKR Bakal Hilang Kelayakan Untuk Terajui Pakatan Harapan



Pakatan Harapan perlu hayati aspirasi bersama 

BANTING - Rundingan meja bulat yang berlangsung membuahkan hasil dengan wujudnya pakatan baru, Pakatan Harapan biarpun tanpa kehadiran wakil Pas, namun ia tidak merencatkan perbincangan bagi merangka formula untuk mewujudkan sebuah barisan alternatif baru untuk berdepan dengan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke 14. 

Pensyarah Pengurusan Strategik Kualiti, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Kamarudin Musa berkata, sebuah barisan alternatif yang kuat memerlukan setiap anggota pendukung memahami dan menghayati aspirasi bersama, menumpukan kepada kepentingan bersama, berfokus kepada keserasian

Menurutnya, parti-parti politik yang bergabung membentuk Pakatan Harapan mesti meletakkan kepentingan rakyat dan pembinaan negara bersumberkan aspirasi perlembagaan sebagai agenda utama

“Pakatan Harapan tidak seharusnya mengulangi kegagalan Pakatan Rakyat apabila adanya anggota gabungan yang mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama. 

“Pakatan Harapan perlu wujud atas dasar strategik ke arah hala tuju politik berteraskan sistem dua parti sebagai usaha untuk memperkukuh dimensi demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai senario yang berlaku sejurus Rundingan Meja Bulat dilakukan. 

Dr. Kamarudin berkata, penyokong Pakatan Harapan juga perlu melihat lebih jauh, bukan semata-mata proses penyertaan pilihan raya tetapi mekanisme jangka panjang untuk pendidikan politik serta pembangunan kesedaran politik bagi mewujudkan kematangan penglibatan politik. 

Katanya, Pakatan Harapan perlu menjadi model dalam konteks kepedulian perjuangan rakyat selain mengelak daripada terjerumus dalam konflik ideologi dan pendekatan politik secara terbuka. 

“Jika Pakatan Harapan mahu dipandang aktif, ia perlu menunjukkan hakikat ianya relevan diwujudkan serta mampu berperanan aktif dalam mempengaruhi landskap persekitaran politik di Malaysia,” katanya 

Katanya, dengan mempunyai kemahiran mengurus konflik dan ideologi, ia dapat menjadi model pakatan politik yang berwibawa sekali gus dapat menarik kepercayaan dan keyakinan rakyat. -SH 


ULASAN GB 
Sekalipun PAS telah berkali-kali sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH), dan telah terbukti bahawa PAS yang telah mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama sewaktu di dalam Pakatan Rakyat dahulu, namun PKR nampaknya tidak serik-serik, malah terus mengharapkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan.

Pendekatan dan pendirian yang diambil oleh PKR itu sendiri telah membelakangi parti-parti komponen PH, DAP dan AMANAH. Di Selangor, PKR nampaknya membelakang aspirasi bersama di dalam PH apabila meneruskan kerajaan PR bersama PAS tetapi tidak mengikut aspirasi PH. Begitu juga dengan langkah PKR Kelantan untuk menyertai H60K anjuran PAS di Kelantan beberapa minggu lagi. Ia dilihat oleh beberapa penganilisis politik sebagai langkah awal "kecurangan" PKR sendiri terhadap Pakatan Harapan. 

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan... bahawa apabila sesebuah parti di dalam gabungan PH sudah tidak berlaku jujur atau dalam perkataan lain, berlaku curang" dengan aspirasi bersama, maka ia akan tercicir dan tergelincir dengan sendirinya dari pakatan itu. DAP dan AMANAH telah pun menunjukkan persefahaman apabila menerima cadangan agar Anwar Ibrahim menjadi PM jika PH berkuasa. Tetapi PKR pula membalasnya dengan membelakangkan DAP dan AMANAH apabila terus mengharapkan PAS berada di dalam PH. Peranan PKR selaku "abang besar" dalam PH juga akan turut terjejas dan ia akan terlucut dengan sendirinya apabila PKR berlaku curang dan gagal untuk mematuhi keputusan yang telah diputuskan bersama di dalam rundingan meja bulat. Yang curang tidak akan berjaya walaupun ia bona fide

Mengapakan tidak mahu berlajar dari hukum yang universal itu? 

Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena