Monday, 21 September 2015

Meja bulat Pakatan hanya usaha selamatkan Malaysia, kata Anwar

Isnin, 21 September 2015
Meja bulat Pakatan hanya usaha selamatkan Malaysia, kata Anwar 

Bercakap dalam satu kenyataan, Anwar berkata pertemuan tersebut adalah usaha dan langkah yang penting untuk menyelamatkan Malaysia.
"Tujuan pertemuan ini bukan hanya untuk mewujudkan muafakat politik; usaha kita lebih dari itu, iaitu untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.
"Ini merupakan langkah awal yang penting bagi mewujudkan muafakat yang melibatkan semua pihak termasuk parti-parti politik, NGO dan individu-individu yang amat diperlukan demi membawa perubahan kepada negara," Kata beliau melalui satu perutusan yang disampaikan melalui peguamnya hari ini.
Katanya, walaupun berada di penjara namun beliau tetap bimbang dalam pelbagai isu yang melanda negara.
"Saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak berkesudahan."
Anwar turut menasihatkan dalam keadaan genting ini, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan maju ke hadapan.
"Ini untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada," katanya lagi.
PAS hari ini sekali lagi menegaskan tidak akan menghadiri persidangan meja bulat melibatkan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) esok.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan persidangan tersebut diadakan dengan tergesa-gesa dan pihaknya belum mengadakan perbincangan dalaman mengenainya.
Malah PAS turut mendakwa mendapat tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan terlalu pendek. – 21 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/meja-bulat-pakatan-hanya-usaha-selamatkan-malaysia-kata-anwar#sthash.8k5Tc9re.dpuf

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena