Wednesday 30 September 2015

Khairuddin bantah permohonan sebulan dengar perbicaraan Sosma.

Rabu, 30 September 2015
Khairuddin: Sosma disalah guna untuk tahan saya - Malaysiakini

Khairuddin bantah permohonan sebulan dengar perbicaraan Sosma
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bantah permintaan kerajaan supaya mahkamah mendengar permohonan habeas corpus beliau selepas tamat tempoh penahanan 28 hari. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bantah permintaan kerajaan supaya mahkamah mendengar permohonan habeas corpus beliau selepas tamat tempoh penahanan 28 hari. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015. 

Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla berkata, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamed Hanafiah Zakaria meminta tempoh masa sebulan bagi Jabatan Peguam Negara memfailkan afidavit yang sangat besar itu.
"Kami membantah permintaan itu kerana permohonan itu akan menjadi akademik," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noor Aini Yusof.
Hanif berkata Noor Aini menetapkan kes itu didengar pada Jumaat ini di hadapan Hakim Kamardin Hashim.
"Kami berharap hakim akan menetapkan tarikh tidak lama lagi untuk mendengar permohonan habeas corpus itu," kata Hanif.
Khairuddin ditahan polis di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 23 September.
Polis boleh menahannya sehingga 28 hari di bawah undang-undang itu, selepas itu beliau sepatutnya sama ada didakwa atas kesalahan berhubung keselamatan atau dibebaskan. 
Pada Isnin, Khairuddin memfailkan permohonan mendakwa penangkapan dan penahanan beliau di bawah Sosma adalah menyalahi undang-undang.
Khairuddin menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden permohonannya.
Salah seorang pengkritik tegar firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Khairuddin pertama kali ditangkap di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September.
Terdahulu pada hari yang sama, beliau dan peguamnya Matthias Chang dihalang daripada meninggalkan negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Khalid berkata Khairuddin ditahan kerana tindakan beliau menggunakan agensi penguatkuasaan asing bagi memberikan tekanan kepada Malaysia berhubung isu 1MDB boleh dianggap sebagai tindakan mensabotaj.
Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB pada Disember tahun lepas dan kemudiannya dipecat daripada Umno selepas diisytiharkan muflis. 
Beliau membuat laporan dengan pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom terhadap firma yang bermasalah itu, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
Beliau dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat ketika dihalang daripada menaiki penerbangan.
Beliau ditahan reman selepas penangkapan pada 18 September itu dan selepas 6 hari, ketika majistret melepaskannya pada 23 September, beliau ditahan semula di bawah Sosma ketika meninggalkan mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. – 30 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairuddin-bantah-permohonan-sebulan-dengar-perbicaraan-sosma#sthash.vEjWXTl0.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena